Thursday, May 6, 2010

Bersyukur, Hargai Dan Terima Seadanya Lelaki Bergelar Suami

Salam semua.

Saya ada terima 1 email dr officemate pagi semalam tentang tajuk entry saya kali ini. Saya rasa sangat menarik dan informatif dan ingin berkongsi bersama kawan2 semua. Kalau kita ingat2 balik perbualan kita dengan kawan2, kenang2kan tingkah laku kita dgn suami... kadang2 ada betulnya juga dengan apa yang tertulis dalam kenyataan di bawah ni. Cuba kawan2 ingat balik apa yang kita dah buat dan perkatakan tentang suami kita... Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang baik dan tidak baik untuk kita semua, jadi dia telah tentukan siapa dan bagaimana pasangan hidup kita. Mari kita baca dan fikir2 kan lah....
Suatu Perjalanan. Tanggungjwb suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jgn lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jgn cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan. Persefahaman antara suami isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepnjg usia prkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama di awal, pertengahan dan di penghujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri utk saling melengkapi dan menerima kekurangan utk saling menginsafi. Suami mahupun isteri bukanlah manusia sempurna.    
Silap Isteri. Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami krn benci dgn sikapnya yg tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami org yg sering dibicara. Keburukan suami dijaja atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yg bermaksud:
"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih byk di neraka". Seorg wanita lalu bangun dan bertanya "Apakah yang menyebabkan yang sedemikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjwb, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yg tidak elok yg boleh menjerumuskan kamu ke dlm neraka.:

1. Kamu byk mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Adakalanya isteri merajuk tanpa sepatah kata, suami yg tak tahu menahu terus buat biasa. Muka isteri terus semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri ingin dipujuk dgn kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya2 sendiri akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing2 memendam rasa. Kasih mula bertukar menjadi marah. Marah marak menjadi benci.
Yang Lebih, Yang Kurang. "Awak beruntung ye, dpt suami yg memahami. Tak spt saya, hari2 menjeruk rasa." luahan seorg teman yg baru beroleh cahaya mata. "Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih byk utk saya perkatakan. Saya pun isteri yg ada salah dan silap." jwb saya supaya dia buka mata. "Ada suami yg tak pandai urusan rumahtangga tapi dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yg jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri dgn makanan istimewa. Ramai juga suami yg tak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga2 dia berubah hati, kembali memandang tinggi kehadiran seorg suami.
Engkau Terbaik Untukku. "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yg keruh, ambil yg jernih, baru teguh peribadi."  Wahai teman yg bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. bykkan istighfar dan sedekah krn janji Allah, setiap kebaikan penghapus kejahatan. Susunlah jemari pintalah kemaafan dari lelaki yg bernama suami. Jgn ditangguh dan jgn berlengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari "Terima kasih suamiku. Engkau terbaik utk diri ini." Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan2 kpd kebaikan.  

 
 

1 comment:

Mrs.Eady said...

insaf...& mmberi kesedaran...