Saturday, May 22, 2010

Apa Nak Jadi Ni?!


Apa pendapat dan pandangan kawan2 tentang gambar di atas? Tiba2 sayang terpanggil untuk buat entry ni hari ni kerana ter'come across' post rakan seperjuangan saya merangkap officemate di laman fb dia pada pagi hari ni. Dia post video pengguguran bayi. Hish! Tak sanggup saya menengok video tu, baru jer start terus pangkah fb. Memang sgt sedih dan menghayat hati (agaknya la sbb tak nengok pun sebenarnya).

Gambar di atas ni lebih kurang jugak la tapi yang membezakannya ialah baby ini still hidup. Tergamak seorg pompuan (layak ker dipanggil pompuan? betina leh kot) menyakiti diri sendiri. Bukan itu sahaja malah menjadi seorg pembunuh. Itulah dia kalau dah hati tu didorong oleh syaitan yang sentiasa menggoda manusia membuat dosa. Lagi2 manusia yang hatinya rapuh.

Hati keibuan saya ini tersentuh dan sebak bila membaca berita di dada akhbar tentang pengguguran bayi dan pembuangan bayi serta pembunuhan bayi. Bergenang jer air mata ni tau. Kadang2 tu menitis gak tak dapat ditahan, cepat2 amik tisu lap takut org nampak (malu la saya). Kita ni kalau marah anak kadang2 tu ada gak terpukul/ terlempang, bila sedar jer cepat2 peluk anak tu dan minta maaf sambil mengusap-usap tempat yang kena pukul tadi. Saya sendiri sampai menangis meminta maaf kepada Athif sebab saya lempang pipi kiri dia (rasanya kuat gak la) hanya kerana dia nak masuk mulut buku berabuk. Masa tu saya tengah masak kat dapur (penat la katakan) dan tetiba je naik hantu. Sampai sekarang memang saya takleh lupakan insiden tu. Tak guna nak menyesal. Itu menjadi pengajaran buat saya dan mengajar saya untuk berfikir sebelum membuat apa2 tindakan.

"Ya Allah. Ampunilah dosa mereka yang telah membuang bayi mereka sendiri, darah daging mereka sendiri. Dan Engkau bukakanlah hati mereka untuk bertaubat kepadaMu."

Apa lagi yang mampu kita buat untuk mengelakkan berlakunya perkara2 seperti ini lagi? Tak bolehkah surat khabar kita bersih daripada cerita pembuangan bayi dan pengguguran bayi untuk satu hari? Tapi serius ye kawan2, kalau saya jumpa manusia macamni depan mata... memang saya luku kepala diorg. Nak saja saya ludah ke muka diorg semua. Hmmm... ntahla. :(

2 comments:

wahida said...

betul tu pai, kengkadang aku pun pernah termarah anak2 yg suka buat nakal..pastu rase nyesal weh..anyway org yg buang baby ni patut dihukum sula je..senang cite..

syazharchoixee said...

ermm kiter pon pernah gak marah anak kiter lelagi biler dier wat sepah...mmg tak leh tahan sabar..kalo tgk dia comot ker..
kekadang jentik gak tangan dia kalo dia wat salah..
niat utk mengajar..
tapi bg orang yg buang2 baby nie..patutnyer pandai makan pandai simpan la kan... ni dah la wat salah..pastu tambah lagi kesalahan..dosa jgn cakap la kan..