Monday, May 31, 2010

Nice reading.. Good to share

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini".
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah". Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut. Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya
"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Thursday, May 27, 2010

Fish King Pizza

Everyday during lunch time I alway having problem of choosing food for lunch. All are the same... since 8 years ago. Suddenly, I got a phone call from my mom to tell me that my sister want to eat pizza. Ahhhaaa.... lets try the new one!

After took about 5 mins walking from MARA to Maju Junction towards Pizza Hut Restaurant, seated and waited for the waiter/ waitress to take order. We all have decided to have the Fish King Pizza but unfortunately and unluckily, we've been told that the Fish King Pizza is out of stock. Very frustrated. Huhuhu.... :(  We just had the usual one.

Waaa...... so, later we have to come again or else go to another outlet. 


Hey, guys! Looks really yummy yea. Can't wait to taste it. Nyum.. nyum....

i-City, Shah Alam - A must go place

Pernah dengar nama tempat ni? Saya rasa ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu, betul tak? Saya sendiri pun baru tahu daripada adik saya, actually. Daripada sumber2 yang saya perolehi, i-City ni merupakan the latest MSC Malaysia Cybercentre Zone yang bertempat di Seksyen 7, Shah Alam. Adik saya kata dekat gak ngan Pintu 2 UiTM induk, Shah Alam tu. Since adik saya dah tamat pengajiannya di UiTM Shah Alam, dah lama tak pergi area sana sebab dah takde kepentingan.

Dari Kuala Lumpur untuk nak ke i-City ni boleh ikut 3 laluan lebuhraya iaitu:
1. Federal Highway  (+- 25.7km), lebih kurang dalam 31 minit
2. Lebuhraya Sprint & Lebuhraya Baru Lembah Klang  (+- 31.1km), lebih kurang dalam 36 minit
3. Lebuhraya Baru Lembah Klang (+- 36.5km), lebih kurang 39 minit

Hari malam Ahad lepas (23/05/2010), adik saya telah membawa Athif berjalan ke i-City ni. Bila tengok gambar2 yang di ambil, waaa...... memang cantik pemandangan kat sana yang dipenuhi lampu2 LED yang berwarna-warni. Macam2 bentuk ada, rupa binatang/ haiwan dan pokok2 bunga. Masuk adalah percuma cuma kena datang awal la utk cari parking. Saya pun teruja bila tengok gambar2 tu dan teringin nak gi sana hanya masa jer yang tak mengizinkan. Kat sana lagi ada gerai makan dan kedai2 jual mcm2 barang macam kat Up-town, Danau Kota. Adik saya yang sorang lagi plak kata mcm pasar malam. Ntah... selagi tak tengok dan lihat dengan mata kepala sendiri tak tau, betul tak. 

Okey kawan2. Sila la cuci mata tengok gambar2 yang telah adik saya snap ni. Cantik kan??




Saturday, May 22, 2010

Apa Nak Jadi Ni?!


Apa pendapat dan pandangan kawan2 tentang gambar di atas? Tiba2 sayang terpanggil untuk buat entry ni hari ni kerana ter'come across' post rakan seperjuangan saya merangkap officemate di laman fb dia pada pagi hari ni. Dia post video pengguguran bayi. Hish! Tak sanggup saya menengok video tu, baru jer start terus pangkah fb. Memang sgt sedih dan menghayat hati (agaknya la sbb tak nengok pun sebenarnya).

Gambar di atas ni lebih kurang jugak la tapi yang membezakannya ialah baby ini still hidup. Tergamak seorg pompuan (layak ker dipanggil pompuan? betina leh kot) menyakiti diri sendiri. Bukan itu sahaja malah menjadi seorg pembunuh. Itulah dia kalau dah hati tu didorong oleh syaitan yang sentiasa menggoda manusia membuat dosa. Lagi2 manusia yang hatinya rapuh.

Hati keibuan saya ini tersentuh dan sebak bila membaca berita di dada akhbar tentang pengguguran bayi dan pembuangan bayi serta pembunuhan bayi. Bergenang jer air mata ni tau. Kadang2 tu menitis gak tak dapat ditahan, cepat2 amik tisu lap takut org nampak (malu la saya). Kita ni kalau marah anak kadang2 tu ada gak terpukul/ terlempang, bila sedar jer cepat2 peluk anak tu dan minta maaf sambil mengusap-usap tempat yang kena pukul tadi. Saya sendiri sampai menangis meminta maaf kepada Athif sebab saya lempang pipi kiri dia (rasanya kuat gak la) hanya kerana dia nak masuk mulut buku berabuk. Masa tu saya tengah masak kat dapur (penat la katakan) dan tetiba je naik hantu. Sampai sekarang memang saya takleh lupakan insiden tu. Tak guna nak menyesal. Itu menjadi pengajaran buat saya dan mengajar saya untuk berfikir sebelum membuat apa2 tindakan.

"Ya Allah. Ampunilah dosa mereka yang telah membuang bayi mereka sendiri, darah daging mereka sendiri. Dan Engkau bukakanlah hati mereka untuk bertaubat kepadaMu."

Apa lagi yang mampu kita buat untuk mengelakkan berlakunya perkara2 seperti ini lagi? Tak bolehkah surat khabar kita bersih daripada cerita pembuangan bayi dan pengguguran bayi untuk satu hari? Tapi serius ye kawan2, kalau saya jumpa manusia macamni depan mata... memang saya luku kepala diorg. Nak saja saya ludah ke muka diorg semua. Hmmm... ntahla. :(

Friday, May 21, 2010

Terima kasih kepada 'Si dia'

Sejak saya sambung blajar ni memang jarang sgt2 masak kat rumah. Semuanya main segera punya dan masak kat kedai. Kalau ada class tu, kami makan kat umah mak, hehe... Badan ni tak usah ckp la betapa letihnya. Ye la, bayangkan saya ni yang merupakan  seorg isteri, ibu, penjawat awam dan seorang pelajar. Kalau la badan dan otak ni leh berckp rasanya dah lama dah saya ni kena sound.

Mlm semalam Mr. Hubby tanya...
Mr. Hubby: " Sayang, mlm ni masak ker? Sayang penat yek.. hmmmm tak yah la"
Saya: " Abang nk sayang masak ker? Hmmm.... (sambil berfikir), okeylah. Sayang masak mlm ni."
Sampai jer rumah smalam, terus masuk dapur utk memasak bubur nasi Ameer, masak nasi dan masak lauk. Dalam fridge tuh sebenarnya bukan ada apa2 pun. Tak tau nk masak sayur apa. Yang ada bayam, kentang dan carrot utk masak bubur nasi Ameer.  Nasib baik ada Si dia utk membantu saya di dapur. So, ambil keputusan utk masak jer kari ayam campur ngan carrot + kentang.


Ini la rupanya ayam kari saya.

Terima kasi kepada Si dia yang telah membantu saya mlm tadi dan telah membuatkan kerja memasak saya mudah dan cepat. Bubur nasi Ameer pun saya dapat siapkan dgn segera. Slalunya setiap mlm saya hanya mampu utk masak bubur nasi Ameer sahaja dan yang lain semua beli kat kedai. Kawan2 semua nak kenal ker dgn Si dia yg very helpful ni. Sila scroll ke bawah..

*****

****

***

**

*

*

*

*

Inilah dia pes kari brand Brahim. Memang sgt mudah. Rasanya pun sedap. Cuma masukkan pes ni dlm kuali, tambah air dan masukkan daging/ ayam disamping sayur2 yang nak digunakan. Mudah bukan? Kalau kawan2 semua tak percaya, gi la supermarket dan beli satu utk test sedap ker tak sedap. Dlm fridge tu ada sket lagi balance semalam. Dapat cicah ngan roti sedap tuh. Sehingga menjilat jari. Balik dulu la kawan2. Tata....

Wednesday, May 19, 2010

Bubur Nasi Untuk Ameer

Hi, semua kawan2.

Saya sajer jer post entry ni supaya Mr. Hubby senang leh wat rujukan utk masak bubur Ameer while i'm going to class.
Saya sebenarnya memang tak pandai sgt masak bubur nasi anak sejak anak pertama lagi. Bukan tak pernah masak tapi setiap kali saya masak Athif tak nak makan. (tak sedapla agaknya tu). Kali ni, saya berguru dengan kawan saya yang sama2 hantar anak di taska yg sama iaitu Kak Wan Juliana (thanks Kak Julie) =)

Bahan2 yang slalu saya guna adalah:-
1. Isi ikan tenggiri (Salmon pun blh but this one is cheaper but one time nanti nk try gak guna Salmon)
2. Sayur sayuran (Carrot/ Kcg buncis/ Brokoli/ Kentang/ Bayam)
3. A bit of  batang seleri (potong dadu)
4. A bit of bawang cina (bwg besar yg kuning tu, potong dadu)
5. A bit of garlic (potong dadu gak, sket jer nak bagi sedap sket bau masa masak isi ikan tu)
6. A bit of parsley (potong halus2 sbg aroma)
7. Minyak/ olive oil (I just used sket sgt bout 1/4 sudu teh)

Mula2 saya tanak nasi (biasa saya masak 1/2 pot utk bwk ke taska Ameer) + ngan sayur2. Sementara tunggu nasi kembang dan sayur dan kentang empuk, saya masak ikan. Slalu msk bubur guna ayam sbg perisa sebab kalau guna ikan for sure hanyir. So, rupa2nya inilah caranya. Masuk minyak dlm kuali/ pan dan masukkan garlic. Pastu masukkan isi ikan tadi. Kacau2 then, masukkan bawang cina. Then, masukkan batang seleri tadi. Last, jgn lupa daun parsley (tak taruk pun tak per kot). Hmmm.... sedap betul bau dia.

Then, bila nasi dah kembang and sayur + kentang dah empuk... tutup api. Pastu, campurkan jer ikan yang dah masak tadi dlm bubur nasi. Kalau anak2 uol still tak leh makan ketul2 lagi, just lenyek2 kan ngan sudu ke or what ever la kasi dia halus sket. Saya still blend bubur nasi before suapkan Ameer makan coz dia tak biasa lagi makan makanan yg pejal takut tercekik. Tunggu Ameer dah tumbuh gigi baru nk try kasi.


Buat Mr Hubby yang tersayang.... nanti bila sayang gi class abg masakkan bubur nasi Ameer macam ni tau. Pastikan, rupa dia pun jadi sama macam ni. Hehe... (",)


Monday, May 17, 2010

Mother's Day Celeb...

Salam semua.

Dah lama tak online dan tak berkesempatan utk update blog. Huhu  :(
So, kengkawan semua, camner sambutan Mother's Day korang? Saya dan adik beradik semua just wat makan2 simple jer utk mak. Tu pun last minit punyer planning. Tengahari ahad tu 2 org adik saya keluar ker MJ utk beli kek di Fruity dan saya diarahkan utk buat kad utk mak dgn hanya dibekalkan coloured paper, gunting, gam dan pencil case. Kerja2 macam ni slalunya memerlukan feel, ketenangan dan idea tp ni tetiba jer diberi tugasan. Ah, hentam sajer la! So... inilah hasilnya...

*****

****

***

**

*  


Saya ada gak suggest ngan adik2 utk pergi berkaraoke tapi our mak is not that type, unlike her daughter. Hiks... :(lol)
Memandangkan tengahari tu mak dah masak byk lauk (yg sedap2 belaka), we decide not to buy anymore food. Just enough with cakes, cookies, cocktail and drinks. Fuhhh!! Itu pun tak larat nak melantak beb, tak habis.. simpan sampai next week. =)

*****

****

***

**

*



Sungguh puas hati mlm tuh makan kek, bukan sahaja ada kek buah malah kek coklat pun ader ( adik beli kat pasar malam). Sedap betul... sambil menjilat jari.
Hhmmm... bila la dapat makan camnih lagi  yek? Tunggu birthday saper2 la plak pasni. Okey la kengkawan, masa dah time. Pasni ntah bila dapat update blog ni lagi. Skang ni kejer ofis sgt banyak. Saya ulang... sangat banyak.
CHOW.

Thursday, May 6, 2010

Bersyukur, Hargai Dan Terima Seadanya Lelaki Bergelar Suami

Salam semua.

Saya ada terima 1 email dr officemate pagi semalam tentang tajuk entry saya kali ini. Saya rasa sangat menarik dan informatif dan ingin berkongsi bersama kawan2 semua. Kalau kita ingat2 balik perbualan kita dengan kawan2, kenang2kan tingkah laku kita dgn suami... kadang2 ada betulnya juga dengan apa yang tertulis dalam kenyataan di bawah ni. Cuba kawan2 ingat balik apa yang kita dah buat dan perkatakan tentang suami kita... Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang baik dan tidak baik untuk kita semua, jadi dia telah tentukan siapa dan bagaimana pasangan hidup kita. Mari kita baca dan fikir2 kan lah....
Suatu Perjalanan. Tanggungjwb suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jgn lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jgn cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan. Persefahaman antara suami isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepnjg usia prkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama di awal, pertengahan dan di penghujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri utk saling melengkapi dan menerima kekurangan utk saling menginsafi. Suami mahupun isteri bukanlah manusia sempurna.    
Silap Isteri. Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami krn benci dgn sikapnya yg tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami org yg sering dibicara. Keburukan suami dijaja atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yg bermaksud:
"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih byk di neraka". Seorg wanita lalu bangun dan bertanya "Apakah yang menyebabkan yang sedemikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjwb, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yg tidak elok yg boleh menjerumuskan kamu ke dlm neraka.:

1. Kamu byk mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Adakalanya isteri merajuk tanpa sepatah kata, suami yg tak tahu menahu terus buat biasa. Muka isteri terus semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri ingin dipujuk dgn kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya2 sendiri akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing2 memendam rasa. Kasih mula bertukar menjadi marah. Marah marak menjadi benci.
Yang Lebih, Yang Kurang. "Awak beruntung ye, dpt suami yg memahami. Tak spt saya, hari2 menjeruk rasa." luahan seorg teman yg baru beroleh cahaya mata. "Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih byk utk saya perkatakan. Saya pun isteri yg ada salah dan silap." jwb saya supaya dia buka mata. "Ada suami yg tak pandai urusan rumahtangga tapi dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yg jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri dgn makanan istimewa. Ramai juga suami yg tak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga2 dia berubah hati, kembali memandang tinggi kehadiran seorg suami.
Engkau Terbaik Untukku. "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yg keruh, ambil yg jernih, baru teguh peribadi."  Wahai teman yg bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. bykkan istighfar dan sedekah krn janji Allah, setiap kebaikan penghapus kejahatan. Susunlah jemari pintalah kemaafan dari lelaki yg bernama suami. Jgn ditangguh dan jgn berlengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari "Terima kasih suamiku. Engkau terbaik utk diri ini." Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan2 kpd kebaikan.  

 
 

Monday, May 3, 2010

Menu lunch merangkap minum petang.

Salam semua dan selamat petang.

Tengahari tadi tak sempat nak makan walaupun perut dah keroncong. Maklumla, jumpa Ameer kat school bagi susu. Sampai Taska kul 1.20pm, amik Ameer bagi 1st round. Kejap jer dia nyusu pastu sibuk nak main. Merangkak sana merangkak sini, panjat sana, panjat sini... mulut tuh tak lekang dengan suara dia yg garau tu sibuk bercerita ngan ibu. "Aa.. baba.. gaga.. mama... aa..." lebih kurang camtu la bunyinya bila Ameer mula buka mulut nk bercerita kepada ibu. =). Sebelum balik ofis, bagi lagi susu untuk 2nd round dan keluar dari Taska kul 2.00pm.

Sambung kisah perut yang lapar nih, balik jer dari Taska singgah Daily Fresh kat MJ beli waffle perisa choc + strawberry. Jadi la kan untuk alas perut nih sebab dalam kepala dah terbayang apa menu utk makan tengahari ni kang. Lepas solat dalam kul 3.50 terus turun gi beli makanan dan air. Tada.... Ini la makanan tengahari saya dan merangkap minum petang. Sungguh menyelerakan dan rasanya pun memang sedap. Nak rasa.... mehla. ;P

Saturday, May 1, 2010

Hari Ibu & Anak2

This activity was held last two or three weekend (lupa dh sbb lama sgt), teringin sgt nak bwk Athif & Ameer gi pool walaupun ibu tahu Athif memang takut mandi sungai, pool mahu pun shower yg kat dlm bilik air kat umah sendiri. =)

Swimming pool ni kat umah Kak Syah (BPP) kawan kepada adik saya yg juga bekerja di BPP. Rumah dia memang cantik (cantik la utk org bujang), bersih, besar dan byk makanan. hehe..... (kalau kak Syah baca ni tlg jgn marah yek). Memula planningnya pagi tp oleh kerana skang matahari dh kuar awal pagi takut panas so, tukar ke petang plak. Yang terlibat dengan aktiviti ini adalah saya, 2 orang adik saya (Waida & Aisyah), Athif & Ameer. Kami bergerak dr Sentul kul 3.30 menuju ke Sri Petaling, umah kak Syah dengan membawa peralatan2 yg perlu.

Haa... ni ada la gambar sket masa hari tuh.

Gambar atas kiri tu Ameer memakai swimming suit abgnya. First time try muat plak. Gambar atas kanan tu plak Ameer duduk di dalam pelampung aeroplane abgnya juga. Waa.. sumer recycle, cian adik dpt second hand, kan. Hehe....

Gambar kiri tengah Ameer kepenatan lepas swim ngan ibu. Tu pun mata dh 'lalok' jer nampaknya, nk titun la tu. Gambar kiri bwh tu plak Makcik tengah memujuk Athif utk masuk ke dlm pool. Puas gak nk memujuk dia last2, org semua dh naik and nk balik baru dia nk turun tu pun peluk sakan Auntie Syah dia sebab takut punya pasal.

Gambar kanan bwh, Ameer dah selamat titun dalam dakapan ibunya. Haha.. first timer la katakan, yer dik.... sampai tertido2. Gambar yang kiri tengah dan bwh tu adalah gambar Ameer dh bersiap2 nak go home while his Ibu and Auntie2 tengah mamam mee goreng yang dimasak oleh Auntie Syah petang tu. Hmmm... sedap mee goreng tu ala2 mee goreng mamak byk ayam, pandai kak Syah masak (honestly from the bottom of my heart). Psst... psst... bila leh makan masakan kak Syah lagi? =)

Itu sajer la entry saya kali ini. Kita tunggu jer lah apa lagi aktiviti2 yg termampu saya buat dengan anak2 saya nanti kalau ada kelapangan. Till here then, daaaa....