Monday, July 26, 2010

Jalan2 Cari Makan - The Best Nan Cheese In Town

Salam semua. =)

Hari ni saya nak share ngan kawan2 semua tentang makanan yg menjadi fav saya ketika peknen. Waktu tak peknen pun suka makan tapi waktu peknen ini sajer la makanan yang boleh masuk ke tekak yang sangat sensitif ni. Saper yang tak pernah dengar or tak pernah makan nan cheese nih? Huh! Memang rugi besar la anda, kih kih kih....

Apa yang speselnya nan cheese ni? Kat kedai mamak biasa pun ada, rasanya pun sama jer... Mungkin ini lah soklan yang terpacul dari mulut kawan2 semua. Ha... ini la saya nak citer. Nama kedai ni ialah House Of Beriani yang bertempat di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. (sori la wei, tak tau full address la). Kedai ni bersebelahan ngan kedai mamak Hanifa. Kedai House Of Beriani ni bukak petang, and nan cheese dia pun start dari pukul 6.30 petang jer.

Biasa kita makan nan cheese kat kedai mamak, dia just letak craft cheese single 2 keping kat tengah2 nan tu kan? (Itu pun kadang2 1 slice jer, kedekut!). Tapi kat kedai ni, dia guna Mozarella cheese yang disagat. Masa dia nak masak nan cheese tu, dia tabur cheese tu then, balut la cam wat roti nan yg biasa kita tgk kat kedai mamak tu. Kawan2 leh bayangkan tak betapa cheesy nya nan tu nanti.... Tengok jer la gambar ni.




Petang, Mr. Hubby tak ikut sebab dia ada class so... yang ikut saya ialah mak, adik (ncot) and anak bujang saya yg sulung. Adik saya ni dpt further study kat UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) so, saya ambil kesempatan ini utk belanja dia mkn sebelum dia 'terbang'.

Ni plak ialah ayam tandoori. Tapi ada satu jer yang kurang tau kawan2.... cuba teka apa dia? Takder limau nipis. Kalau perah limau tu mesti lagi ummpphhh!!!

Makanan ni semua mak saya yang order. Menu kami petang tu (merangkap makan malam sebab dah nak dekat kul 7 mlm) adalah 3 keping nan cheese, ayam tandoori, milo panas, teh tarik dan limau suam. Agak2 berapa harganya semua ni? Cuma RM28.60. Murah ker mahal yek? Saya sendiri pun tak tahu tapi yang saya tahu dan paling penting rasanya memang best. Seperti yg saya gtau mula2... sehingga menjilat jari. Kalau tak caya gi la cuba.

Ni pinggan saya. Nampak sedapkan kawan2??? Nyum... nyum... =)

Ha... ni plak menu anak bujang saya yang sorang ni lagi manja. Nak melayan dia punya selera jer satu hal. Tetiba nak mee goreng. Kat kedai House Of Beriani ni tak de goreng2 so kena la gi tapau dari kedai mamak sebelah.

Itu jer la cerita saya pasal The Best Nan Cheese In Town yang sgt saya gemari. Lepas ni kawan2 leh ar try makan. Pasti tak menghampakan. Lagi satu saya lupa nak citer. Yang speselnya kat sini ada kuah kacang kuda. Nan cheese ni lagi sedap bila makan ngan kacang kuda tu taw. Tapi dah byk kali saya gi makan kat sini, tiap kali tu jugak kacang kuda takde. Bila tanya dia kata tauke tak beli. Lepas2 ni saya nak gi serbu lagi and tanya kacang kuda ada ker tak.




6 comments:

Mrs.Eady said...

alamak lapar la!!dh ler mmg cheese nan ni kegemaran org ngn eady.ayyaakkkk..lapar!

shakroz said...

bleh ar try nanti...tapi serasa aku bila siang² tu cam x der org jer..rupenyer mmg bukak pepetang yer.. :}

syazharchoixee said...

seriusssss nak g malam ni gak g makan kat sanerrr!!!!!!!!
tak tahan...dah la den posa

arinie...evendo sayo dah makan buat petama kalinyer...dan ni nak makan buat 2 kali nyer plak huhuh

amiRAzlin said...

ble la aku leh mkn nan cheese ni...mmg xmerasa la jwbnya..dh la umh jauh nk dtg cni weekend mmg xdpt la..nk tunggu ptg pun dh ptg sgt..tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!

amiRAzlin said...
This comment has been removed by the author.
Pai the Mrs Razif said...

izwa: fav gak ker? sama taste la plak kita ni yek...
aike: dah makan ker? amacam, sedap tak? haa... kan i dah cakap.
lin: ala... ciannya. Nanti bila kita gi makan insyaallah, kita bungkuskan tok awk yek. tp, kita tak tau ar bila tu.... jgn mengharap sgt la tau wak. =)