Wednesday, July 21, 2010

Abang & Adik Day Out

Kesian Athif dan Ameer, hari biasa pagi2 lagi (matahari tak naik lagi) dah bangun utk ke school then, petang balik umah bila matahari dah nak tenggelam. Pendek kata tak jumpa matahari langsung la. Badan pulak tak berpeluh sebab taska ber'aircond'. Weekend, ayahnya lak ke school (further study wat degree). Bila ayah xder, ibu pun xder transport nak bwk anak2 ibu ni jenjalan. Sedih ibu bila mengenangkan nasib anak2 ibu ni tak macam kanak2 lain yang sibuk main kat taman, lari sana sini ngan kawan2. Sob... sob...sob... :(

Sekali skala tu ada gak auntie2 dia bwk gi jenjalan ke KLCC ker, taman rekreasi ker, tengok wayang ker, berkaraoke ker or maner2 jer la yang diorg nak bwk. Masa ni jer la anak2 ibu especially Athif dapat keluarkan peluh. Masa ni baru la nampak muka Athif macam udang kena bakar kemerah-merahan sebab main panas dan berpeluh2. Best betul tengok dia masa tu. =) 

Satu petang tu saya ikut adik2 saya yang nak membawa Athif ke Taman Tasik Perdana. Seronok Athif dapat main ramai2 ngan budak2 lain yang sebaya ngan dia. Saya bawa Ameer skali siap ngan bekal bubur nasi, air, susu dan segala keperluan yang bakal diperlukan. Memang seronok la anak2 ibu masa hari tu. Tengok jer la gambar yang sempat saya snap. For ur info, ada diantara gambar2 ni disnap di tempat lain contohnya: playground kat area rumah, kat JJ AU2 Setiawangsa dan playground Taman Tasik Datuk Keramat. Masa kat JJ Setiawangsa tu kami baru lepas berkaraoke kat situ. Seronok betul Athif & Ameer dapat pegang mic. Ibu dia lebih2 lagi la seronoknya. HAhaHA...

@ Taman Tasik Perdana




@ Taman Tasik Perdana. Lap mulut Ameer lepas makan bubur nasi.

@ Taman Tasik Perdana. Susah betul anak ibu yang sorang ni nak senyum.

Still @ Taman Tasik Perdana lepas Athif main kat playground, bwk jenjalan round taman.

@ Taman Tasik Datuk Keramat. Rasanya inilah satu2 nya gambar yang Ameer senyum. =)
Ni satu jer gambar sebab yang lain blur. Maklumla snap guna camera handphone jer pulak tu handphone murah. Huhu...

@ playground area rumah. Tengok la betapa seriusnya muka Ameer tu.
Aiks! Apsal abg Athif pandang bawah?

@ JJ AU2 Setiawangsa while waiting for his brother main after berkaraoke. Hehe...


Ni malam lepas beraktiviti. Masing2 dah kepenatan, tido tak hingat!


5 comments:

mrsharis said...

budak2 ni sekali sekala dapat lepas mmg diorg seronok sgt..sian kt diorg kan..diorg pun tau bosan gak tu.

Pai the Mrs Razif said...

betul ltu lia. kadang2 terasa mcm diorg takde kehidupan kanak2 sebab ibu bapa sebuk mengejar duniawi (sambung belajar) hehe... (Cheh! ayat tak hengat.)

syazharchoixee said...

huhuhu...memang sibukknyer ibu bapa athif dan ameer nie...
nasib depa ader auntie yang penyayang..

best jugak sekali sekala dpt beriadah...keluarkan peluh kan..

Mrs.Eady said...

geram nyer tgk ameeer senyum!!heheheehe...

Pai the Mrs Razif said...

aike: betul tu dik. Nasib baik family dekat.
izwa: geram yek... naper? chomel cam ibu dia yek?? hahaha... :D