Saturday, July 31, 2010

Ole2 Utk Abg dan Adik Dari Kuching

Ye ye... Abg dan Adik dpt baju baru lagi. Ingat tak lagi en3 saya sebelum ni ada saya selitkan cerita pasal mak dan adik no.3 saya anta adik no.5 saya gi sambung blaja di UNIMAS? Semalam mak dan adik saya selamat sampai di KL Sentral kul 8.30 malam dan hubby saya gi menjemput la diorg kat sana. Saya yang demam dok kat umah dengan Abg dan Adik. Nasib baik Abg tido kalau tak, asyik nak kacau Adik selagi Adik tak nanges.

Mcm2 brg mak dan adik beli tapi tak ler byk sgt sebab ni bukan first time pegi sana pun. Diantaranya adalah ikan terubok masin, ikan terubok basah, kek lapis yg bermcm2 perisa (sure tak habis punya), barangan kraftangan dan t-shirt (termasuk lah Abg dan Adik punya).

Tengahari ni mak masak ikan terubok masak asam pedas, tempe goreng tepung, telur dadar (Athif punya) dan kacang botol goreng. Mak dan adik2 saya kata isi ikan terubok tu manis sebab fresh tapi saya tak rasa aper pun. Makan apa2 pun tawar jer rasanya. Maklumlah demam dan sakit tekak  :(

Ni ar rupanya t-shirt Abg dan Adik yang mak dan adik saya beli utk anak2 saya.


Ni plak gambar budak kecik yang debab merengek nak minta didukung. Kalau ringan takper, ni bukan calang2 hantapnya.. =)

Thursday, July 29, 2010

Hari Jumaat Yang Bersemangat =)

Hari ni adalah hari spesel sebabnya nak sambut bday anak @ school. Selalunya saya akan berbaju baru bila sambut bday anak tapi tahun ni tak sempat nak cari baju baru so, just pakai tudung baru. Ni merupakan 1st time saya pakai tudung ni... tudung syrya kot namanya. (betul ker ejaan tuh?) Kelakar pun ada. Bulat jer rupanya. kihkihkih... Tengok ar!
Pasal bday anak2, nanti saya wat entry lain yek. Spesel punyer. =) Tengahari ni tak ke mana2 sebab dh letih baru lik dari taska sambut bday si adik. Petang kang nak gi taska balik untuk sambut bday si abang lak. Sambil menunggu jam pukul 3 petang sajer jer ar wat entry ni.

Sebenarnya, masa tengah belek2 gambar dalam handphone... saya terjumpa satu gambar. Gambar ni masa saya tengah study nak final exam tahun lepas kat PKP. Seronok rasanya masa tu sebab saya tengah peknen kedua, peknenkan Ameer Hakimi. Tension tu kengkadang ada gak tapi harus ar sacrifice demi mencapai cita2. Eceh...ekekek.
Tetiba jer saya terfikir... bila ar nak camnih lagi. Haha... tak ingat. Bukan apa, org kata kalau kita peknen masa tengah study insyaallah anak kita akan cerdik. Sape yang takmo anak dia cerdik, kan?! Okey ar, taknak merapu lebey2. Ni ar gambarnya.


Masa ni saya tengah ngandung 6 atau 7 bulan rasanya. Dah tak hengat ar.

Solat ker Sembahyang yek? **wink**

Mari kita baca article ini yang saya terima daripada seorang teman office melalui email baru2 ni. Sebelum ni pun saya ada diberitahu oleh lecturer subject Tamadun Islam tentang perkara ni. Since tu, saya sebut solat bila bercakap.

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang buddha pergi ke tokong, orang hindu pergi ke kuil dan orang kristian pergi ke gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi umat Islam, tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan solat subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya. Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.



SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.



Monday, July 26, 2010

Jalan2 Cari Makan - The Best Nan Cheese In Town

Salam semua. =)

Hari ni saya nak share ngan kawan2 semua tentang makanan yg menjadi fav saya ketika peknen. Waktu tak peknen pun suka makan tapi waktu peknen ini sajer la makanan yang boleh masuk ke tekak yang sangat sensitif ni. Saper yang tak pernah dengar or tak pernah makan nan cheese nih? Huh! Memang rugi besar la anda, kih kih kih....

Apa yang speselnya nan cheese ni? Kat kedai mamak biasa pun ada, rasanya pun sama jer... Mungkin ini lah soklan yang terpacul dari mulut kawan2 semua. Ha... ini la saya nak citer. Nama kedai ni ialah House Of Beriani yang bertempat di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. (sori la wei, tak tau full address la). Kedai ni bersebelahan ngan kedai mamak Hanifa. Kedai House Of Beriani ni bukak petang, and nan cheese dia pun start dari pukul 6.30 petang jer.

Biasa kita makan nan cheese kat kedai mamak, dia just letak craft cheese single 2 keping kat tengah2 nan tu kan? (Itu pun kadang2 1 slice jer, kedekut!). Tapi kat kedai ni, dia guna Mozarella cheese yang disagat. Masa dia nak masak nan cheese tu, dia tabur cheese tu then, balut la cam wat roti nan yg biasa kita tgk kat kedai mamak tu. Kawan2 leh bayangkan tak betapa cheesy nya nan tu nanti.... Tengok jer la gambar ni.




Petang, Mr. Hubby tak ikut sebab dia ada class so... yang ikut saya ialah mak, adik (ncot) and anak bujang saya yg sulung. Adik saya ni dpt further study kat UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) so, saya ambil kesempatan ini utk belanja dia mkn sebelum dia 'terbang'.

Ni plak ialah ayam tandoori. Tapi ada satu jer yang kurang tau kawan2.... cuba teka apa dia? Takder limau nipis. Kalau perah limau tu mesti lagi ummpphhh!!!

Makanan ni semua mak saya yang order. Menu kami petang tu (merangkap makan malam sebab dah nak dekat kul 7 mlm) adalah 3 keping nan cheese, ayam tandoori, milo panas, teh tarik dan limau suam. Agak2 berapa harganya semua ni? Cuma RM28.60. Murah ker mahal yek? Saya sendiri pun tak tahu tapi yang saya tahu dan paling penting rasanya memang best. Seperti yg saya gtau mula2... sehingga menjilat jari. Kalau tak caya gi la cuba.

Ni pinggan saya. Nampak sedapkan kawan2??? Nyum... nyum... =)

Ha... ni plak menu anak bujang saya yang sorang ni lagi manja. Nak melayan dia punya selera jer satu hal. Tetiba nak mee goreng. Kat kedai House Of Beriani ni tak de goreng2 so kena la gi tapau dari kedai mamak sebelah.

Itu jer la cerita saya pasal The Best Nan Cheese In Town yang sgt saya gemari. Lepas ni kawan2 leh ar try makan. Pasti tak menghampakan. Lagi satu saya lupa nak citer. Yang speselnya kat sini ada kuah kacang kuda. Nan cheese ni lagi sedap bila makan ngan kacang kuda tu taw. Tapi dah byk kali saya gi makan kat sini, tiap kali tu jugak kacang kuda takde. Bila tanya dia kata tauke tak beli. Lepas2 ni saya nak gi serbu lagi and tanya kacang kuda ada ker tak.




Thursday, July 22, 2010

Kasih Sayang or Kerja? (^_^)

Kawan2 semua...
Mari lah kita renungkan cerita di bawah ini. Tersentuh hati ni dan terus terkenangkan anak2.. huhu...

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....


Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni " Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ... ."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di
pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita. Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Wednesday, July 21, 2010

Abang & Adik Day Out

Kesian Athif dan Ameer, hari biasa pagi2 lagi (matahari tak naik lagi) dah bangun utk ke school then, petang balik umah bila matahari dah nak tenggelam. Pendek kata tak jumpa matahari langsung la. Badan pulak tak berpeluh sebab taska ber'aircond'. Weekend, ayahnya lak ke school (further study wat degree). Bila ayah xder, ibu pun xder transport nak bwk anak2 ibu ni jenjalan. Sedih ibu bila mengenangkan nasib anak2 ibu ni tak macam kanak2 lain yang sibuk main kat taman, lari sana sini ngan kawan2. Sob... sob...sob... :(

Sekali skala tu ada gak auntie2 dia bwk gi jenjalan ke KLCC ker, taman rekreasi ker, tengok wayang ker, berkaraoke ker or maner2 jer la yang diorg nak bwk. Masa ni jer la anak2 ibu especially Athif dapat keluarkan peluh. Masa ni baru la nampak muka Athif macam udang kena bakar kemerah-merahan sebab main panas dan berpeluh2. Best betul tengok dia masa tu. =) 

Satu petang tu saya ikut adik2 saya yang nak membawa Athif ke Taman Tasik Perdana. Seronok Athif dapat main ramai2 ngan budak2 lain yang sebaya ngan dia. Saya bawa Ameer skali siap ngan bekal bubur nasi, air, susu dan segala keperluan yang bakal diperlukan. Memang seronok la anak2 ibu masa hari tu. Tengok jer la gambar yang sempat saya snap. For ur info, ada diantara gambar2 ni disnap di tempat lain contohnya: playground kat area rumah, kat JJ AU2 Setiawangsa dan playground Taman Tasik Datuk Keramat. Masa kat JJ Setiawangsa tu kami baru lepas berkaraoke kat situ. Seronok betul Athif & Ameer dapat pegang mic. Ibu dia lebih2 lagi la seronoknya. HAhaHA...

@ Taman Tasik Perdana




@ Taman Tasik Perdana. Lap mulut Ameer lepas makan bubur nasi.

@ Taman Tasik Perdana. Susah betul anak ibu yang sorang ni nak senyum.

Still @ Taman Tasik Perdana lepas Athif main kat playground, bwk jenjalan round taman.

@ Taman Tasik Datuk Keramat. Rasanya inilah satu2 nya gambar yang Ameer senyum. =)
Ni satu jer gambar sebab yang lain blur. Maklumla snap guna camera handphone jer pulak tu handphone murah. Huhu...

@ playground area rumah. Tengok la betapa seriusnya muka Ameer tu.
Aiks! Apsal abg Athif pandang bawah?

@ JJ AU2 Setiawangsa while waiting for his brother main after berkaraoke. Hehe...


Ni malam lepas beraktiviti. Masing2 dah kepenatan, tido tak hingat!


Tuesday, July 20, 2010

Dapat Award! Yeah...


Ni la dia award yang saya terima daripada Izwa dan ini merupakan 1st time and secara tak langsung... I'm very excited.

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni..

Terima kasih byk2 kepada Izwa sebab pemurah beri award ni. =)
2. Sila beri award kpd 10 blogger yg lain..
- salim a.k.a shakroz
- lin mrs amir
- aike
- virgolady
- kak wan ju a.k.a phatdivamama
- mama_aqish
- lia mrsharis
- wahida
- ncot a.k.a smallcha
- alang

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni..
Nak bagitau camner? Verbal, email, call.... hmmm
4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great?
Susahnya soklan. Best ker? Tak kot...
(takkan nak masuk bakul angkat sendirik)

Kek Batik Welcome Back.

Sebenarnya dah lama saya nak buat kek batik ni. Dah memang nekad nak buat lepas habis exam hari tu. Baru hari Isnin (19hb Julai 2010) hari tu baru ada kesempatan dan semangat nak buat. Masa kecik2 dulu makcik saya rajin gak buat kek batik ni tapi dia guna Milo instead of coco powder. Bila dah kejer, makan yang memember buat guna coco powder sedap gak. Hehe.... Thanks to Kak Syah and Putri bagi resepi ni. Cuma yang bezanya ialah Kak Syah punya resepi ada telur ayam and Putri punya plak x taruk telur.

Ni saya punya 2nd percubaan, actually. (Yang buat masa dolu2 tu tak ambil kira la yek) =)  My 1st try kek batik tu tak braper menjadi. Masak terlalu lama so, chocolate dia jadi keras. yang ni plak semuanya okay. Bawak gi class bagi member rasa pun diorg kata sedap but satu jer.... too sweet. Mana taknya, saya guna susu pekat tu 1 tin, sepatutnya 1/2 tin jer and saya tak guna telur ayam.

Well, aper2 pun saya dah kira berjaya gak buat kek batik ni. Don't worry, akan ada the 3rd, 4th and bla..... time later on tapi hanya tak tahu biler plak masa nyer. Ini la rupanya kek batik saya tuh and rasanya....  hhmmmmm, tentu la sehingga menjilat jari. ;p




Wednesday, July 14, 2010

New Outfit for The Brothers =)

Bila dah skali terjebak ngan online shopping ni, memang lepas tu akan ada jer brg or benda nak beli secara online. Betul tak kawan2? Walaupun mula2 just usha2 je blog mereka pastu mesti ader jer yang terkenan di hati then, terus order. Heheh...

Saya pun browse la blog someone ni and terjumpala t-shirt ni. Simple jer sebenarnya but saya dah lama nak belikan untuk anak2 saya, actually. The price pun quite cheap. Alah, kalau beli secara online ni rugi ar beli satu brg jer coz harga tu lum campur ngan portage lagi. Kalau setakat nak beli satu je memang saya tak kan beli through online ni. Kawan2 leh ar try usha2 brg2 kat dlm blog ni... mana ar tau ader yg berkenan leh ar order utk ur loved one.

Servisnya pun cepat. Hari ni u bank-in $$$$ (ni pun depends bank-in pagi ker petang) dia terus pos ur stuff. Saya dapat brg2 tu sehari selepas saya masukkan $$$$. Efisen gak kan?! Chewah, ni macam dah gaya nak promote blog ni jer. Hehe... kawan2, jgn ar salah faham. Saya tak dapat aper2 pun. Mana yang baik dan elok kita share2 la, tak salahkan. Dah la... mari kita tengok aper yang dua beradik ni dapat daripada ibunya...

bawah
...
...
...

bawah lagi
...
...
...

lagi sekali
...
...
...


(^_^)



Ni untuk si abangnya. Complete dah la sebab dia sayang dua2.


Ni si adik punya. Tapi, adik sayang ayah ajer sebab yang 'I love Mum' takde saiz. huhu...

Tuesday, July 13, 2010

Mengesan Penyakit Melalui Warna Kuku Anda



Kawan2 semua.... mari kita lihat kuku kita masing2 dan pilih yang mana bersesuaian dengan senarai di bawah. Hehe... =)

Bagaimana keadaan kesihatan bila dilihat dari warna kuku? Ya, konon warna serta keadaan kuku seseorang dapat memberikan petunjuk bagaimana sebenarnya kondisi kesehatan kita. Berikut penjelasannya:
  • Bila beberapa atau semua kuku berwarna putih, boleh jadi itu merupakan pertanda adanya gangguan jamur atau penyakit di organ hati.
  • Bila di kuku terdapat titik putih, kemungkinan itu menunjukkan kekurangan mineral zinc.
  • Kuku yang coklat menunjukkan pertumbuhan jamur atau penyakit buah pinggang.
  • Kuku yang kuning kemungkinan menandakan adanya penyakit kuning.
  • Bila warna kuku biru, itu menunjukkan sirkulasi oksigen yang buruk, penyakit di organ hati, atau gangguan paru-paru.
  • Kuku yang berbintik-bintik kemungkinan menandakan gangguan kulit, seperti psoriasis atau eksim.

Tuesday, July 6, 2010

Quote From Hitler's Personal Diary

"I could have annihilated all the jews in the world,but I left some of them, so you will know why I was killing them."

signed Adolf Hitler.
 

Uols, now you know. Wondering why don't he just kill them all then the Palestinian won't suffer. They are so annoying! Go to hell Israelian.!!!

Saturday, July 3, 2010

Athif & Ameer got new cousin!

Congratulation to my sis, Farah Jida who just delivered her new born baby boy on 28th of June 2010 @ 6.07pm @ HKL. Her baby's weight is 3.48kg, 0.03kg more than Ameer  born's weight which is 3.45kg. Alhamdulillah, seems like a healthy baby boy but unfortunately... he was not crying when he was out. According to my sis, baby dah u'uk (berak) dlm perut dan dia dah termakan najis. Senang citer dia dah lemas so, was incubatored dan memerlukan bantuan pernafasan. Bila try cabut alat tu cian dia termengah2 nak bernafas.

Sementara nak tunggu susu badan adik saya keluar, baby kena minum susu hospital. Lagi kesian sebab baby baru memerlukan antibody lagi2 bila keadaan dia yang lemah cam tu. Doctor pun ada gtau yang baby kena jangkitan pada paru-paru dia. Masuk hari kedua, susu badan adik saya still lum nak kuar then, adik minta tolong saya untuk perah susu badan saya nak bagi kat baby. Mamandangkan tengahari saya tak menyusukan Ameer sebab saya cuti dan 'tut' pun dah mula nak bengkak, saya pun perah la khas untuk cousin Athif & Ameer. Ni saja la yang dapat saya berikan untuk dia. Takper la  kan, at least ader daripada takder.

Alhamdulillah, setelah selama 3 hari dalam inkubator, akhirnya baby leh kuar masuk wad biasa dan leh bernafas ngan sendirinya. Adik saya pun kena masukla wad balik dok ngan baby sebab nak breastfeed but still kena dok wat lebih kurang seminggu lagi sebab doctor nak pantau jangkitan paru-paru dia and kena makan  ubat utk seminggu. So, ini la rupa close-up cousin baru Athif & Ameer tu. Nama dia is Khairul Zhafran Bin Khairul Afandi (unofficial).... saya rasa la sebab tak gi buat surat beranak pun lagi.



Isn't he adorable? 
Biasa la, kan... semua baby baru lahir comey. Tak sabar nak tunggu baby Zhafran kuar spital. 



pssst: Sory ye kawan2. Saya just nak improve my english so, dat why la entry saya campu2 bahasanya. Nak guna english semua tak braper pandai la....