Sunday, June 20, 2010

Athif's New Book Collection

Ha! Kali ni saya nak wat entry tentang buku anak sulung saya. Asal ada jer org dtg jual buku utk kanak2, saya akan beli (ala... kalau bukan saya yang beli, auntie2 dia akan belikan jugak). Sampai sekarang masih ada buku yang saya beli masa umur dia 2 tahun (sekarang dah 4 tahun) masih tak bukak plastiknya sebab masa budak umur 2 tahun apa yang slalu dia akan wat ngan buku/ kertas? (Kawan2 yang ada anak kecik sila jawab) :) Pandai.... dia mesti nak koyak, betul tak?. Sebab tu la saya tak kuarkan lagi buku2 tu daripada plastiknya, hanya tunggu masa yang sesuai sahaja yek.

Mr. Hubby pun dah bising tiap kali saya beli buku, tak kirala buku membaca ker, mewarna ker, mengeja ker (what everla yang namanya buku). Saya memang berhajat nak wat mini library utk anak2 saya tapi ntahla, tak tahu bila mimpi nak jadi kenyataan. Asyik pindah randah jer. Dah pasang book shelve pastu kena tanggalkan sebab nak pindah. Skang ni dok kuarters for sure 2, 3 tahun pasni nak kena pindah lagi. Rumah pun belum cari lagi. Rumah yang kat Sunway tu nampak gayanya sewakan ajer sampai bila2 sebab tenant skang pun cina. Lagipun area sana tak braper sesuai utk pembesaran anak2. Maklum sajerla...
Nanti bila dah ader proper book shelve saya akan tayangkan kat sini utk tontonan kawan2 semua, yek. Sabar yek.

Ni buku yang Makcik dia belikan masa on the way nak bercuti ke Kuantan. Kebetulan ada org open table jual buku2 cerita kanak2 kat RNR Temerloh. Apa lagi, Athif pun 'pau' la Makcik dia. hehe...


Athif with his new book collection.


And this one is encyclopedia as you can see in the picture. Ni ada bdk2 salesman dtg dari ofis ke ofis jual buku ni. Guess how much it cost???
I bought it for RM29.90 (the balance of 10 cent tu budak tu minta upah bwk naik atas, bley tak). Takper, anggap sedekah. Budak tu kata lagi buku ni retail price dia is RM120++. 
Tak tau ar sbb tak pernak usha harga. Whatever it is, i've got it for my son.


Dan ini pula birthday present for Athif, his 4th birthday. His birthday was on 19th June actually. Saya tak sempat nak prepare apa2 utk school dia tapi dont worry, akan disettlekan nanti. 

Kawan2 semua, itu jer la cerita tentang buku anak saya kali ini. Nanti bila saya dah wat mini library tu, saya akan wat entry lagi yek. Tata... :) 

4 comments:

Me Mrs.Eady said...

k.pai..izwa mmg syahmi dr umur bape bln kitaorg dh belikan buku smpai skrg ni..tiap kali beli msti beli skurang2nyer 2.hehehe..

so far alhamdulillah buku2 tu elok lagi..beli yg kalis air liur tu la...hahaha...

skrg turn adik plak baca buku..;)

mrsharis said...

Happy belated birthday utk Athif. Semoga membesar jadi anak yg soleh yg akan membahagiakan ibu & ayah dunia akhirat. Amiinnn..

Rajin2 baca buku tau, sayang tu kalau tk baca.

wahida said...

hepi belated birthday utk athif...comel je muka dia dpt buku2 tu...

Pai the Mrs Razif said...

izwa: tu ar pasal. buku dia masa kecik yang masih adik dia leh guna just flash card ABC (tu pun Y dah koyak tepi kena gigit), flash card 123, buku2 yg kulit keras. hehe... :)

lia: thank you auntie lia (on behalf) (~_^)

wahida: thank you to you too auntie wahida (on behalf) :)