Tuesday, June 15, 2010

CIUM LAH ANAK-ANAK MU



KENAPA PERLU CIUM ANAK ???

Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu...never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents. Yang tak de anak tu, cepat-cepatla buat anak, yang belum kawin tu cepat-cepatla kawin.....boleh buat anak. Yang belum ramai anak tu, cepat-cepat la ramaikan anak......

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak2 anda boleh digelar kanak2 atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat  syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang  menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali  ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Manak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut  menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya  itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium..." 
Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan  disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia   memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

4 comments:

wahida said...

aku suka cium anak2 aku yg masam tu...best best..

Mrs MaMA said...

cium anak satu kepuasan..tensen semua ilang....

Pai the Mrs Razif said...

wahida: betul tu. pai pun suka cium anak2 waktu diorg baru bangun dr tido. masham.....

Mrs. mama: penat lelah lik dari kerja hilang lepas tengok anak2 dan cium diorg. kadang2 samapai diorg naik rimas bila kena gomol. Hehe...

Pai the Mrs Razif said...
This comment has been removed by the author.