Monday, March 1, 2010

Moving Out. Huh! (Part II)

Okey guys. Saya nak sambung citer pasal pindah ni. Eerm... how to begin yek?!Sepatutnya kami pindah awal bulan Feb tp oleh kerana pihak pengurusan kuarters tak setel lagi repair rumah tu so, tertangguh la. Lagi pun brg2 tak habis packing lagik.
Masa hari nk pindah, lori janji dtg lepas maghrib. Tetiba dlm kul 8 tu dia kol gtau dtg lepas isyak. Okey la. Then, janji minta lori 5 tan sbb brg kitorg sgt byk tapi yang sampai lori 1 tan 2 biji bwk sorg satu yang tiba kul 9.30 mlm. Maknanya takde org nak loading brg naik lori ar. Takpe ar, kitorg bwk dulu brg2 turun. Pasal muat tak muat tu pandai2 la nanti. Masa ni hubby saya dh hangin la jugak. Ni jenis tak paham bahasa.



Mlm tu yg tolong hanya lah adik lelaki saya bersama 2 org kwnnya, hubby, dan adik perempuan saya yg menolong packing mana2 yg belum siap dlm rumah. Betul tekaan saya yg lori tu tak muat. So, nk bagi muat jugak... susun la semula dan memang brg2 tu abis ditolak2, dihimpap2 supaya nak bagi muat jugak. Takkan nak 2 round beb. Jauh tu dari Sunway ke Keramat. Siap masuk brg dlm lori dah kul 2.30. Bayangkan ar kitorg semua lum mkn mlm lagi. Balik tu, saya dan adik pompuan saya terus menuju ke kedai mkn. Sampai umah kul 3.30, Ameer tak tido lagi. Dia memang susah nak lelap kalu tak dapat "bergantung" ngan ibu dia ni. Hehehe....

Bab mengangkut brg naik rumah kuarters di Keramat lak, hanya 2 org jer iaitu hubby saya dan kwnnya yg keje TNB, tinggal pun area situ gak. Kwn adik saya dah 'tamat kontrak' sebab masing2 keje pagi sok. Sian diorg. Bayang kan la 2 org yang gagah perkasa tu nk angkut semua brg naik tingkat 3 guna tangga (no lif).Dlm kul 6 pagi saya menerima sms dari hubby yang berbunyi "Penat gila ni. Rasa cam nak mati." After few second, hubby call and gtau dia dh nak stop, brg yg besar dh angkut atas tapi brg2 yg kecil dia gamble tinggalkan kat bwh. Tawakal jer la. Kalu ada org nk curi, hilang la.(Katanya)

We decide the next day tu have to cuti gak sebab nak setel brg2 yang hubby tinggal kat bwh semalam dan dengan harapan yg menggunung supaya brg2 tu tak hilang. Alhamdulillah, semua brg masih ada di tempatnya. Bermula la operasi di keramat pulak. Kami bergilir2 angkut brg naik sampai tingkat 3. Fuh!! Mcm lari keliling padang bola rasanya. Otot2 kaki pun dh mula sengal. Maklumla dah lama meninggalkan zaman kegemilangan bersukan masa skolah dulu. =)Ha! Mcm ni ar rupa rumah keramat yang masih belum berkemas. (Bila nak setel mengemas nih?) Buat masa skang, stay umah mak lagik. Huhu...



Tapikan, bila buat audit trhadap brg2 tu kan, memang saya tak puas hati. Meja mkn habis bercalar (bengkek dah hati nih), cermin muka dlm almari baju retak dan sumpik (lagi bengkek tak terkata), majoriti kotak koyak2... pendek kata memang tak puas hati dan sakit hati. Moral of the story, len kali nk pindah guna khidmat mover profesional. Wakaka... padan muka sendirik.

Okey la. Stakat ni jer citer saya pasal pindah rumah hari tu. Sadis kan?! Gambar di bawah ni adalah sebagai hiasan. Adik saya snap gambar Ameer masa dia tengah landing atas toto kat dlm master bedroom umah keramat while me and hubby loading brg2 ke atas rumah. Huh!!!

No comments: