Sejak saya sambung blajar ni memang jarang sgt2 masak kat rumah. Semuanya main segera punya dan masak kat kedai. Kalau ada class tu, kami makan kat umah mak, hehe... Badan ni tak usah ckp la betapa letihnya. Ye la, bayangkan saya ni yang merupakan seorg isteri, ibu, penjawat awam dan seorang pelajar. Kalau la badan dan otak ni leh berckp rasanya dah lama dah saya ni kena sound.
Mlm semalam Mr. Hubby tanya...
Mr. Hubby: " Sayang, mlm ni masak ker? Sayang penat yek.. hmmmm tak yah la"
Saya: " Abang nk sayang masak ker? Hmmm.... (sambil berfikir), okeylah. Sayang masak mlm ni."
Sampai jer rumah smalam, terus masuk dapur utk memasak bubur nasi Ameer, masak nasi dan masak lauk. Dalam fridge tuh sebenarnya bukan ada apa2 pun. Tak tau nk masak sayur apa. Yang ada bayam, kentang dan carrot utk masak bubur nasi Ameer. Nasib baik ada Si dia utk membantu saya di dapur. So, ambil keputusan utk masak jer kari ayam campur ngan carrot + kentang.
Ini la rupanya ayam kari saya.
Terima kasi kepada Si dia yang telah membantu saya mlm tadi dan telah membuatkan kerja memasak saya mudah dan cepat. Bubur nasi Ameer pun saya dapat siapkan dgn segera. Slalunya setiap mlm saya hanya mampu utk masak bubur nasi Ameer sahaja dan yang lain semua beli kat kedai. Kawan2 semua nak kenal ker dgn Si dia yg very helpful ni. Sila scroll ke bawah..
*****
****
***
**
*
*
*
*
Inilah dia pes kari brand Brahim. Memang sgt mudah. Rasanya pun sedap. Cuma masukkan pes ni dlm kuali, tambah air dan masukkan daging/ ayam disamping sayur2 yang nak digunakan. Mudah bukan? Kalau kawan2 semua tak percaya, gi la supermarket dan beli satu utk test sedap ker tak sedap. Dlm fridge tu ada sket lagi balance semalam. Dapat cicah ngan roti sedap tuh. Sehingga menjilat jari. Balik dulu la kawan2. Tata....