Saturday, March 6, 2010

10 Rahsia Menjadi Isteri Yg Baik



Ini tips bg para istri yg nak jadi istri yg baik di samping suami trchenta. Ini pun sy dpt drp Mingguan Wanita keluaran Feb 2010 (adik sy yg preggy yg beli).

Sementara anak tgh tido, sy mula ar menaip sket2 smpai habis yek. Tips2 dia adalah seperti berikut:

1. HORMATI SUAMI
Sebuah hubungan ibarat sebuah pemerintahan hnya ada pemimpin dan pengikut. Kaum lelaki/ suami biasanya menjadi pemimpin dan istri sbg pengikut dgn haknya yg sndri. Bkn maksud mengenepikn peranan wanita namun bitulah hieraki yg ada dimsykt.
Suami sbg pemimpin sdh tentu ingin dirinya dihormati dan wanita sbg pengikut harus
dihargai. Justeru, hormatilah dirinya jika anda mahu dihargai.

2. PRIHATIN PD PERASAAN
Pekalah dgn perasaan suami dan peranan anda sendiri. Tatkala suami brwajah sedih anda harus tahu itu juga menggambarkan perasaannya. Jgn menambah kesedihan yg ada sebaliknya cuba hiburkan hatinya dgn layanan dan senyuman manis anda.
Peka juga dgn perasaan sndiri. Jgn biar perasaan -ve membelenggu diri anda. Jgn rasionalisasi perasaan -ve. Jika anda berasa tdk sedap hati/ kurang setuju trhdp sesuatu perkara jgn teruskan. Hormati diri anda sndiri.

3. JAGA TUBUH BADAN
Atas alasan sibuk dgn kerjaya dan menguruskan rumah tangga, ramai wanita lupa mnjaga tubuh sndiri. Kulit wajah dibiarkan brminyak, rambut x brsikat dan ada yg melengahkan utk mandi hingga menjelang tengahari. Semua ini pula dilakukan di hdpn suami. Bygkan saja jika anda seorg lelaki, adakah anda tertarik dgn penampilan wanita sebegini.
Oleh itu, belajarlah merapikan diri terutama sekali saat suami ada brsama di sisi. Kenakan pakaian yg bersih, jaga kulit wajah anda agar sihat dan tampak brseri.Jgn lupa jaga bentuk badan anda. Jgn sesekeali biarkan suami menegur bentuk tubuh anda yg semakin membesar. Anda mungkin x menyedari bahawa suami menilai apa yg ingin mereka sentuh.

4. SENTIASA BERKOMUNIKASI
Belajarlah utk berkomunikasi dgn baik. Biarkan suami tahu apa yg anda suka dan yg tidak anda sukai. Belajar juga utk memahami apa yg suami mahudan apa yg suami mahu anda lakukan utk dirinya.
Beranikan diri utk meluahkan apa yg anda rasai krn ia adalah petua utk melancarkan sebuah prhubungan. Ingat bhw lelaki tiada kuasa yg blh membaca hati fikiran istrinya sekaligus mengetahui apa yg anda inginkan.Oleh itu, luahkan dan brkomunikasilah dgn dirinya.

5. JGN TOLAK PRMINTAAN SEKS
Semua istri harus tahu bhw seks itu adalah antara keperluan utama seorg lelaki.Oleh itu jgn menolak bila suami memberi petanda mahukan seks. Paling kurang anda perlu memenuhi keinginannya sekali dlm seminggu. Mengabaikan kehidupan seks bererti anda menghancurkan hubungan batin suami istri.
Seorg istri juga harus berani utk memulakan perhubungan intim. Pelajari juga teknik2 yg memberi lebih kepuasan kpd suami agar si dia tahu kelebihan anda.

6. JADI TEMAN BERBUAL
Luangkan masa utk berbual dgn suami paling kurang 15 minit sehari utk mengetahui prkembangan dan juga memberitahu situasi anda mahupun anak2.Berbicaralah tentang perasaan anda pada hari tersebut dan apa yg tlh anda lakukan sepanjang hari dan segala hal yg berkaitan dgn anda dan suami. Prkahwinan itu satu perkongsian juga apa perasaan anda ketika berbual dgn suami.

7. MENILAI DIRI
Setiap kali anda melakukan sesuatu, maka berikan penilaiannya. Nilai juga layanan dan sikap anda trhdp suami. Jujurlah pada diri sndri semasa membuat penilaian ini. Perbaiki jika anda rasakan masih ada kelemahan. Tidak salah juga kalau anda sndri meminta pndangan drp suami tentang layanan anda kepada dirinya.Tanyakan apa yg lebih dan apa yg kurang agar anda dpt memperbaiki diri.

8. MENJAGA AMANAH SUAMI
Amanah ini bukan saja harta benda milik suami tapi yg lebih utama anak hasil zuriat brsama dgnnya. Urus anak sebaik mungkin dan berikanlah didikan adab sopan yg sepatutnya. Seorg suami pastinya berasa bangga dan bahagia memiliki istri yg mampu mendidik anak menjadi seorg yg bersopan dan baik tingkah lakunya.

9. BELAJAR MENGHARGAI
Suami perlu dihargai terutamanya atas penat lelah dirinya menyara keluarga.Oleh itu buat dirinya rasa dihargai. Caranya? Boleh saja dgn memberi layanan trbaik, mengingati hari penting dlm hidupnya, memberikn hadiah/ kejutan. Atau paling mudah dgn meluahkannya dlm bentuk kata2. Pujilah suami atas usahanya memberi keselesaan kpd keluarga dan ucapkan terima kasih atas segala yg tlh dilakukan utk membahagiakan anda.

10.PATUH PADA AGAMA
Walau seribu tips menjadi istri yg baik tidak akan berguna jika istri itu tidak berpegang pada agama. Jauhi segala larangan dan taatlah kpd perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sndri meminta kaum lelaki memilih calon istri dari kalangan mereka yg patuh pada agama.

So, kawan2... apa pandangan anda terhdp tips2 tersebut? =)

No comments: