Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Yahoo

Perkataan di atas bukan bermaksud yahoo.com yea... tetapi bermaksud "hoo ray!" (dgn nada sgt gembira) kerana saya telah menamatkan pengajian degree separuh masa dan akan berkonvo pada 20hb Oktober ini.

Mesti pelikkan naper tetiba je saya leh post entry baru setelah hampir setahun lebey sunyi sepi. ;-) Ntah la... tetiba rasa nak berbloging semula walaupun tiada org nak baca, huhuhu... mula2 tak tahu nak post apa tapi mmmm.... hentam saja la.

Owh yea, 1 more thing is... saya dh ada baby boy baru dan skang umurnya 6 bulan ++. Baby boy yang sgt sehat dan chomel lahir dgn berat 3.95kg di HUKM pada hari Jumaat yang mulia iaitu tanggal 16hb Mac 2012. Saya dan hubby telah bersepakat memberi nama kepadanya Aiman Hussaini bin Mohamad Razif.

Semasa berusia 1 bulan


Semasa berusia 4 bulan

Yang pastinya saya tak sabar untuk konvo...


Jumpa lagi! daaaaa.....


Sunday, January 30, 2011

Lunch @ Secret Recipe

Hari Jumaat yang lepas saya minta adik saya teman saya untuk uruskan beberapa urusan di beberapa tempat. Penat jugak la berjalan ke sana sini, naik bas turun bas. Menunggu giliran untuk dilayan pun satu hal. Then, bila dah selesai ( tp masih ada yang lom selesai).. next destination was SOGO for our lunch. Mula-mula tak tahu nak mkn apa, adik saya menyuarakan hasrat hati dia nak makan spagetti so.... mana lagi nk pergi... SECRET RECIPE la jawabnya. Belek punya belek ternampak la satu menu ni yang agak menarik. Rasa dia pun... walllahhhh!!!

Spegetti meatball untuk adik saya.


Prawn Macaroni Cheese untuk saya pastinya. Marbeles!


Lihat sajer la cheesenya...

Complimentary cake. Saya choosed Blackforest cake. Sangat sedap.


Inilah keseluruhan meal kami for lunch that day. Apple kasturi for me and vanilla shake for my sis.
Alhamdulillah, sangat kenyang dan puas hati.



Thursday, August 5, 2010

"CONTEST - Teka KG??"



Saya sajer suker2 nak masuk contest ni sebab Erfan ni sebaya ngan anak kedua saya tapi baby saya ni lahir pada 24 Ogos 2009. (Dah nak setahun rupanya adik yek). Kawan2 lain  pun leh la join contest meneka kg Erfan ni. Meh klik SINI.

Dengan ini saya meneka berat Erfan pada 31st August 2010 ni 10.345kg. (Harap2 mengena la yek)  =)

Wednesday, August 4, 2010

Jalan2 Cari Makan - Nasi Ayam Mancongkam

Kali ni saya nak cerita pasal nasi ayam pulak. Nama nasi ayam ni Nasi Ayam Mancongkam. Kenapa Mancongkam? Sebab rasanya mencengkam jiwa ker? Hehe.. saya pun tak tahu. Saya dah makan nasi ayam ni sejak berkurun lamanya sejak arwah abah saya ada lagi, sejak saya sekolah lagi la senang citer. Dulu kedai dia depan umah jer.  Tengah2 makan tetiba ada orang kuar dari umah dia sebab tangga umah betul2 dekat laluan orang nak dok makan.

Arwah abah ada cerita nasi ayam ni guna minyak bijan. Waktu dulu kalau bungkus, memang byk giler, leh makan 2 orang satu bungkus nasi ayam dia tapi a bit berminyak la of course. Punyalah banyak... memang puas hati. Lagi satu sebab nama dia camtu mungkin adalah kerana nasi ayam stail minang. Bagus betullah, sampai sekarang perniagaan dia masih bertahan samapi sekarang malah dah makin maju dan ada improvement.


Ni dia rupa kedai dari depan. Memang banyak improvement dari segi signboard, susun atur meja dan kerusi serta perhiasan. Bukan tu sajer, waiter dan waitressnya pun mengenakan uniform (xder la uniform sgt, just t-shirt yang seragam ada printed nama Mancongkam.


Ni la rupa ruang makan dia. Susun atur lebih teratur dan agak selesa berbanding dulu yang sempit. Maklumlah, depan rumah jer.




Ni nasi ayam saya dan hubby. Masa ni kitorang having dinner sementara anak2 kat umah mak dijaga oleh adik2. Akhirnya, dapat gak berdating walaupun sekejap. Hehe.. =)


Ni resit dia. Saya tak reti la nak explain kat maner tempatnya tapi ni ada alamatnya. Kalau kawan2 nak cuba leh la cari yek. Senang jer, betul2 tepi jalan dan leh nampak signboard dia.

Tuesday, August 3, 2010

Kurma Coklat Yang Sedap

Hari ni saya demam lagi. Huhu... habis satu badan sakit2 tapi terpaksa juga bangun pagi, mandikan Athif dan siapkan diri cam biasa utk gi keje. Masa turun tangga kepala dh memang miong, ting tong. Tahan jer la. Sampai ofis sejuk plak. Hembusan air-cond tu rasanya tembus ke dalam tulang dan rasa mencucuk-cucuk. Argh! Sakitnya badan ni Allah saja yang tahu. Best betul kalau ada orang nak tolong urut. Hish! Tak leh jadi cam ni. Hubby soh gi klinik, kalau betul demam doctor mesti bg mc (medical certificate) punya, katanya.

Tengok jam dah kul 9.00 pagi and perut pun dah rasa pedih2 akibat rembesan asid yang dah mula kuar. Sms hubby ajak gi minum pagi pastu nak gi klinik. Sampai jer bawah (lobi) ofis, tengok hubby tengah berborak ngan pakcik Karim (ketua guard). Saya bagi 2 sampul surat kepada hubby minta tolong dia masukkan ke dalam peti pos kat tepi jalan. Sambil2 tunggu hubby pos surat tu, tengok la ada kakak indon tengah susun kotak2 atas meja. Kat lobi MARA skang ni ada jualan, macam2 ada. Saya terpandang tulisan kat kotak tu dan saya menghampiri meja tu sebab apa yang saya baca tu macam menarik je...



Ni ar dia yang telah menarik minat saya dan telah membuka selera saya pagi ni... Chocodate (kurma bersalut coklat berinti badam). Memang sedap. Hubby pun kata sedap. Chocodate ni keluaran Yusuf Taiyub. Ni kotak paling kecil beratnya 180gram berharga RM18.00.



Ni dia paket kurma coklat yang kat dalam kotak tadi. Sebenarnya saya memang dah lama teringin nak cari kurma coklat ni sejak saya terserempak ngan seseorang yang tidak saya kenali dlm lif yang membawa kotak chocodate ni. 



Ni rupa kurma coklat, kat luar bersalut ngan coklat pastu yang color hitam tu adalah kurma dan yang tengah tu adalah badam. Tak sempat saya nak bawa balik bagi mak and adik2 rasa sebab dah habis saya distribute kat kawan2 ofis bagi rasa. Mereka semua kata sedap. Hehe.. =)
  
Sok kalau dah tak demam nak gi beli lagi ar. Kawan2 yang lom cuba meh ar beli. Sedap taw.

Ha.. berbalik kepada cerita saya ker klinik untuk mendapatkan rawatan doctor, memang sah saya demam dengan bacaan 38 darjah Celcius. Panas tu wooo.
So, doctor pun bagi la mc 1 hari jer. Jadila.. leh rehat kat umah. Dok kat ofis pun sejuk nak mam**s, menggigil dibuatnya. Ini lah dia hasil rawatan di klinik.


Kat rumah pun dah melambak ubat adik dan abang campur lagi ngan ubat ibu dan ayah. Pasni saya dah leh bukak farmasi yer kawan2. Hehe...

Saturday, July 31, 2010

Ole2 Utk Abg dan Adik Dari Kuching

Ye ye... Abg dan Adik dpt baju baru lagi. Ingat tak lagi en3 saya sebelum ni ada saya selitkan cerita pasal mak dan adik no.3 saya anta adik no.5 saya gi sambung blaja di UNIMAS? Semalam mak dan adik saya selamat sampai di KL Sentral kul 8.30 malam dan hubby saya gi menjemput la diorg kat sana. Saya yang demam dok kat umah dengan Abg dan Adik. Nasib baik Abg tido kalau tak, asyik nak kacau Adik selagi Adik tak nanges.

Mcm2 brg mak dan adik beli tapi tak ler byk sgt sebab ni bukan first time pegi sana pun. Diantaranya adalah ikan terubok masin, ikan terubok basah, kek lapis yg bermcm2 perisa (sure tak habis punya), barangan kraftangan dan t-shirt (termasuk lah Abg dan Adik punya).

Tengahari ni mak masak ikan terubok masak asam pedas, tempe goreng tepung, telur dadar (Athif punya) dan kacang botol goreng. Mak dan adik2 saya kata isi ikan terubok tu manis sebab fresh tapi saya tak rasa aper pun. Makan apa2 pun tawar jer rasanya. Maklumlah demam dan sakit tekak  :(

Ni ar rupanya t-shirt Abg dan Adik yang mak dan adik saya beli utk anak2 saya.


Ni plak gambar budak kecik yang debab merengek nak minta didukung. Kalau ringan takper, ni bukan calang2 hantapnya.. =)

Thursday, July 29, 2010

Hari Jumaat Yang Bersemangat =)

Hari ni adalah hari spesel sebabnya nak sambut bday anak @ school. Selalunya saya akan berbaju baru bila sambut bday anak tapi tahun ni tak sempat nak cari baju baru so, just pakai tudung baru. Ni merupakan 1st time saya pakai tudung ni... tudung syrya kot namanya. (betul ker ejaan tuh?) Kelakar pun ada. Bulat jer rupanya. kihkihkih... Tengok ar!
Pasal bday anak2, nanti saya wat entry lain yek. Spesel punyer. =) Tengahari ni tak ke mana2 sebab dh letih baru lik dari taska sambut bday si adik. Petang kang nak gi taska balik untuk sambut bday si abang lak. Sambil menunggu jam pukul 3 petang sajer jer ar wat entry ni.

Sebenarnya, masa tengah belek2 gambar dalam handphone... saya terjumpa satu gambar. Gambar ni masa saya tengah study nak final exam tahun lepas kat PKP. Seronok rasanya masa tu sebab saya tengah peknen kedua, peknenkan Ameer Hakimi. Tension tu kengkadang ada gak tapi harus ar sacrifice demi mencapai cita2. Eceh...ekekek.
Tetiba jer saya terfikir... bila ar nak camnih lagi. Haha... tak ingat. Bukan apa, org kata kalau kita peknen masa tengah study insyaallah anak kita akan cerdik. Sape yang takmo anak dia cerdik, kan?! Okey ar, taknak merapu lebey2. Ni ar gambarnya.


Masa ni saya tengah ngandung 6 atau 7 bulan rasanya. Dah tak hengat ar.

Monday, July 26, 2010

Jalan2 Cari Makan - The Best Nan Cheese In Town

Salam semua. =)

Hari ni saya nak share ngan kawan2 semua tentang makanan yg menjadi fav saya ketika peknen. Waktu tak peknen pun suka makan tapi waktu peknen ini sajer la makanan yang boleh masuk ke tekak yang sangat sensitif ni. Saper yang tak pernah dengar or tak pernah makan nan cheese nih? Huh! Memang rugi besar la anda, kih kih kih....

Apa yang speselnya nan cheese ni? Kat kedai mamak biasa pun ada, rasanya pun sama jer... Mungkin ini lah soklan yang terpacul dari mulut kawan2 semua. Ha... ini la saya nak citer. Nama kedai ni ialah House Of Beriani yang bertempat di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. (sori la wei, tak tau full address la). Kedai ni bersebelahan ngan kedai mamak Hanifa. Kedai House Of Beriani ni bukak petang, and nan cheese dia pun start dari pukul 6.30 petang jer.

Biasa kita makan nan cheese kat kedai mamak, dia just letak craft cheese single 2 keping kat tengah2 nan tu kan? (Itu pun kadang2 1 slice jer, kedekut!). Tapi kat kedai ni, dia guna Mozarella cheese yang disagat. Masa dia nak masak nan cheese tu, dia tabur cheese tu then, balut la cam wat roti nan yg biasa kita tgk kat kedai mamak tu. Kawan2 leh bayangkan tak betapa cheesy nya nan tu nanti.... Tengok jer la gambar ni.




Petang, Mr. Hubby tak ikut sebab dia ada class so... yang ikut saya ialah mak, adik (ncot) and anak bujang saya yg sulung. Adik saya ni dpt further study kat UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) so, saya ambil kesempatan ini utk belanja dia mkn sebelum dia 'terbang'.

Ni plak ialah ayam tandoori. Tapi ada satu jer yang kurang tau kawan2.... cuba teka apa dia? Takder limau nipis. Kalau perah limau tu mesti lagi ummpphhh!!!

Makanan ni semua mak saya yang order. Menu kami petang tu (merangkap makan malam sebab dah nak dekat kul 7 mlm) adalah 3 keping nan cheese, ayam tandoori, milo panas, teh tarik dan limau suam. Agak2 berapa harganya semua ni? Cuma RM28.60. Murah ker mahal yek? Saya sendiri pun tak tahu tapi yang saya tahu dan paling penting rasanya memang best. Seperti yg saya gtau mula2... sehingga menjilat jari. Kalau tak caya gi la cuba.

Ni pinggan saya. Nampak sedapkan kawan2??? Nyum... nyum... =)

Ha... ni plak menu anak bujang saya yang sorang ni lagi manja. Nak melayan dia punya selera jer satu hal. Tetiba nak mee goreng. Kat kedai House Of Beriani ni tak de goreng2 so kena la gi tapau dari kedai mamak sebelah.

Itu jer la cerita saya pasal The Best Nan Cheese In Town yang sgt saya gemari. Lepas ni kawan2 leh ar try makan. Pasti tak menghampakan. Lagi satu saya lupa nak citer. Yang speselnya kat sini ada kuah kacang kuda. Nan cheese ni lagi sedap bila makan ngan kacang kuda tu taw. Tapi dah byk kali saya gi makan kat sini, tiap kali tu jugak kacang kuda takde. Bila tanya dia kata tauke tak beli. Lepas2 ni saya nak gi serbu lagi and tanya kacang kuda ada ker tak.




Tuesday, July 20, 2010

Kek Batik Welcome Back.

Sebenarnya dah lama saya nak buat kek batik ni. Dah memang nekad nak buat lepas habis exam hari tu. Baru hari Isnin (19hb Julai 2010) hari tu baru ada kesempatan dan semangat nak buat. Masa kecik2 dulu makcik saya rajin gak buat kek batik ni tapi dia guna Milo instead of coco powder. Bila dah kejer, makan yang memember buat guna coco powder sedap gak. Hehe.... Thanks to Kak Syah and Putri bagi resepi ni. Cuma yang bezanya ialah Kak Syah punya resepi ada telur ayam and Putri punya plak x taruk telur.

Ni saya punya 2nd percubaan, actually. (Yang buat masa dolu2 tu tak ambil kira la yek) =)  My 1st try kek batik tu tak braper menjadi. Masak terlalu lama so, chocolate dia jadi keras. yang ni plak semuanya okay. Bawak gi class bagi member rasa pun diorg kata sedap but satu jer.... too sweet. Mana taknya, saya guna susu pekat tu 1 tin, sepatutnya 1/2 tin jer and saya tak guna telur ayam.

Well, aper2 pun saya dah kira berjaya gak buat kek batik ni. Don't worry, akan ada the 3rd, 4th and bla..... time later on tapi hanya tak tahu biler plak masa nyer. Ini la rupanya kek batik saya tuh and rasanya....  hhmmmmm, tentu la sehingga menjilat jari. ;p




Sunday, June 27, 2010

Athif B'day Pre-Celeb

My eldest son's birthday is on 19th of Jun, actually. Unfortunately, ibu so busy with assignments and final exam is just around the corner, ayah also busy with weekend classes...so, we decided to postpond his b'day celebration @ school and also @ home. His Maklang (my 3rd sis) just bought a slice of Secret Recipe's cake on that day as he repeated  "Mana kek, ibu?". Cian betul bila mendengar nya. Hehe... Budak2 zaman skang cerdik pandai.

Last Saturday, Opah ndaknya yang juga merupakan Makndak kepada saya dan adik kepada mak saya telah dtg ke rumah mak membawa kek yang telah ditempah untuk Athif. Saya just sempat goreng mee dan wat air sarsi utk hidangan pagi tu. Semuanya tidak dirancang and lagipun petang tu (kul 2) saya ada exam paper PBSM kat UKM, Bangi.. plak tu tengah kelam kabut nak 'burn' presentation slide ke dalam cd sebab nak kena submit. So, semuanya memang agak huru hara. Ni semua untuk cukup syarat dan menghiburkan hati anak bujang saya yang disayangi. :)

Ni ada la gambar sket masa pre-celeb tu. Saya dah janji ngan Athif nak wat b'day dia @ school bila saya dah abis exam, last paper is on 5th of July. Tak sabar rasanya nak abis exam padahal satu apa pun tak study lagi nih. Boleh tak camtu kawan2?

Ni la rupenya kek yang Opah ndak tempah untuk Athif. Blueberry cake rasanya sebab inti dlm blueberry. Athif malu2 kucing lak bila kitorang suruh dok dpn kek tu. :)


Athif meniup lilin selepas nyanyi 
"Happy b'day to you, happy b'day to you, happy b'day to Athif Hidayat, Happy b'day to you.." 
Haha.. nyanyi lagu untuk diri sendiri.


Ibu: "Potong la cepat Athif, ibu nak makan kek nih"


Ni rupa adik Ameer kesukaan dapat makan b'day kek abangnya.

Saya planning nak wat b'day Athif skali ngan b'day Ameer @ school diorang nanti sebab birthdate Ameer jatuh pada bulan pose (24.08). Okey la tu, kan... jimat masa. Tapi nak wat 1 kek jer ker 2, sebab diorang class yang berlainan....

Hhmmmmm.... 

Monday, May 3, 2010

Menu lunch merangkap minum petang.

Salam semua dan selamat petang.

Tengahari tadi tak sempat nak makan walaupun perut dah keroncong. Maklumla, jumpa Ameer kat school bagi susu. Sampai Taska kul 1.20pm, amik Ameer bagi 1st round. Kejap jer dia nyusu pastu sibuk nak main. Merangkak sana merangkak sini, panjat sana, panjat sini... mulut tuh tak lekang dengan suara dia yg garau tu sibuk bercerita ngan ibu. "Aa.. baba.. gaga.. mama... aa..." lebih kurang camtu la bunyinya bila Ameer mula buka mulut nk bercerita kepada ibu. =). Sebelum balik ofis, bagi lagi susu untuk 2nd round dan keluar dari Taska kul 2.00pm.

Sambung kisah perut yang lapar nih, balik jer dari Taska singgah Daily Fresh kat MJ beli waffle perisa choc + strawberry. Jadi la kan untuk alas perut nih sebab dalam kepala dah terbayang apa menu utk makan tengahari ni kang. Lepas solat dalam kul 3.50 terus turun gi beli makanan dan air. Tada.... Ini la makanan tengahari saya dan merangkap minum petang. Sungguh menyelerakan dan rasanya pun memang sedap. Nak rasa.... mehla. ;P