Tuesday, July 20, 2010

Kek Batik Welcome Back.

Sebenarnya dah lama saya nak buat kek batik ni. Dah memang nekad nak buat lepas habis exam hari tu. Baru hari Isnin (19hb Julai 2010) hari tu baru ada kesempatan dan semangat nak buat. Masa kecik2 dulu makcik saya rajin gak buat kek batik ni tapi dia guna Milo instead of coco powder. Bila dah kejer, makan yang memember buat guna coco powder sedap gak. Hehe.... Thanks to Kak Syah and Putri bagi resepi ni. Cuma yang bezanya ialah Kak Syah punya resepi ada telur ayam and Putri punya plak x taruk telur.

Ni saya punya 2nd percubaan, actually. (Yang buat masa dolu2 tu tak ambil kira la yek) =)  My 1st try kek batik tu tak braper menjadi. Masak terlalu lama so, chocolate dia jadi keras. yang ni plak semuanya okay. Bawak gi class bagi member rasa pun diorg kata sedap but satu jer.... too sweet. Mana taknya, saya guna susu pekat tu 1 tin, sepatutnya 1/2 tin jer and saya tak guna telur ayam.

Well, aper2 pun saya dah kira berjaya gak buat kek batik ni. Don't worry, akan ada the 3rd, 4th and bla..... time later on tapi hanya tak tahu biler plak masa nyer. Ini la rupanya kek batik saya tuh and rasanya....  hhmmmmm, tentu la sehingga menjilat jari. ;p




No comments: