Saturday, June 19, 2010

Holiday @ Cherating

Fuh! Seronoknya sekali sekala dapat bercuti ngan family terchenta dan tenangkan fikiran daripada office, school and Kuala Lumpur yang sesak.

Kami ramai2 menginap di Suria Cherating Beach Resort (Mak Ndak yang sponsor penginapan). Semuanya 10 bilik berderet selama 2 hari 1 malam sahaja that was on 7th & 8th of June 2010. Family kami (group Sentul) bertolak awal ke Kuantan sebab niat nak berjumpa sepupu belah arwah abah yang dah 6 tahun tak jumpa dan dia tinggal di Semambu, Kuantan dan bermalam di rumahnya semalam.

Best betul dapat jumpa... macam2 perkara yang nak diborakkan sampai tak tau apa yang nak diborakkan (aiks! camaner tuh?) Ahad malam Isnin (hari yg kitorg sampai tu), Ujie (sepupu saya la) bwk kami gi Teluk Chempedak. Dia kata skang ni kat sana dah terang menderang. Macam 'Up-town' pun ader sebab ada stall yang jual macam2 barang dan bukak sampai pagi.

Yang slacknya ialah saya tak banyak amik gambar sgt sebab sibuk melayan anak2 mandi pastu sorang sana, sorang sini... camaner nak amik gambar ngan family. But still, ada gak la bergambar sket2 wat kenangan. Takkan takder langsung, kan. Yang geramnya si abang, Athif sangat penakut ngan air. Puas pujuk ajak mandi laut. Dia lebih rela dok mencangkung tepi kat pasir tu pastu korek2 pasir cari shell. So, kengkawan... tidak hairanla naper kebanyakan gambar ni takder muka Athif. 

Ni masa baru tiba di resort tu. Kat bilik atuk cari makanan.

Masa ni tengah tunggu Athif dalam toilet tengah mem'buang'. Ni kat bilik mak and adik2 pompuan. Best la diorg dapat suite room. Besar bilik dia and selesa. Kalau honeymoon sure best.


Ameer ni nganga bukan aper, dia menjerit ketakutan bila dengar deruan ombak yang kuat. Cuaca kat sana time ni agak mendung and berangin.


Ni saya dan Ameer sebelum basah. Before masuk dlm air posing la dulu. Kan dik, kan.


Tengokla Ameer yang ketakutan peluk ibunya kuat giler. Masa kat tepi2 pantai tu dia takut dengar bunyi ombak kuat tapi bila dok dalam air pastu plak kena buai ngan ombak, dah nak terlentuk lak.

Berehat kat pasir pas penat mandi (haha... padahal berendam jer).


Masa kami on the way ke Pelabuhan, tetiba temperature kete adik saya naik then, have to cari bengkel. Bayangkan la kat tempat orang... menggagau gak la. So, sementara menunggu tu... ini la teman setia Athif.


Ameer Si Debab merenung masa depan. :) Ni kat Pantai Balok. Best sgt masa ni angin kuat, 
takyah on aircond.


Athif tengah menyanyi ntah lagu aper ntah. Melayan perasaan sorg2 kat tepi Pantai Balok.


Waiting for makanan & minuman sampai. Perut dah bukan stakat keroncong, siap berdondang sayang 
minta nasi.

At last, sampai gak makanan. Sedap gak tapi takleh lawan Crystal Bay, Melaka. Seafood dia memang sedap and yang penting murah.



No comments: