Monday, April 26, 2010

Berjanji


Ni kisah ibu yang berjanji kepada anak sulungnya untuk dibawa ke Pusat Karaoke pada hari Sabtu lepas. Hehe... Saya siap tanya pada Athif nak nyanyi lagu apa dan dia bagitau nak nyanyi lagu Paksu Aizat, Kau Pergi. Planning asal nk ke Wangsa Walk sebab tempat baru dan adik serta kawan2 saya kata best gak tempat tu.

Malangnya, janji tak dapat dipenuhi kerana mak saya nak balik ke kg halaman untuk melawat atuk yang tinggal berdua sahaja, lagipun dah lama tak menjenguk diorang. Mak saya siap merajuk lagi kata nak beli kete baru sebab anak2 sume buzy takleh nak bawak dia lik kg.

Pada malam ahad sedang saya mahu menidurkan anak kedua, tetiba terkeluarla soklan daripada mulut anak sulung saya... Lebih kurang camni la dialognya :

Anak : "Ibu, semalam tak nyanyi ye lagu Paksu Kau Pergi?"
Ibu : (terkedu sekejap) " Ha? Ooo, tak la Athif." sambil tersenyup dan mengusap kepala anaknya.

Selepas kejadian malam itu, saya buat planning baru minggu hadapan untk membawa family dan adik2 berkaraoke.


**Bdk2 zaman skang ni cerdik2 kan... Apa yang kita janji mesti ingat punya. :)

1 comment:

Anonymous said...

Kuang..kuang..kuang