Thursday, February 18, 2010

CNY Holiday

Yahoo.... It's back!!
Setiap kali Chinese New Year jalan raya nak balik kg mesti jam giler, kan?!

Tahun ni kami balik ke kg hubby iaitu Kg. Chenderah, Jasin, Melaka. We all planning nak ke Zoo Melaka. This holiday, mak and adik2 pun ikut sama berjalan ke Zoo Melaka. Memang dah lama teringin nak bawa anak2 gi tengok binatang. Maklumlah, dok di bandar .... lembu ngan kambing pun susah nak jumpa. Adala satu hari tu si abangnya, Athif ternampak kambing tapi dipanggilnya lembu. Haaa...... this is the right time untuk mereka didedahkan dengan binatang2 samada hidupan liar ataupun jinak.

Perjalanan pulang ke kg bermula hari Sabtu (Ya Allah, jam ya amat!) Memula ingat nk gerak kul 5 pagi (biasa ar, waktu melayu. hehehe...). Itu ini begitu begini akhirnya siap semua dah kul 10 pagi. Apabila jalan dh jam, mula ar aksi celah mencelah, potong memotong dan guna laluan kecemasan. Nasib baik sempat masuk lorong, 2 biji kereta kat depan dah kena minta sign 'surat cinta'.


Sabtu malam Ahad tu, kami dan mak serta adik2 menjamu selera makan makanan laut bakar di Alai (Crystal Bay). Fuh!!! Memang puas hati beb. Dah la makanan kat situ segar, murah plak tu. Masakannya pun sedap. Hmmm... sehingga menjilat jari. Menu kami malam tu adalah:

1. Sekor ikan pari bersaiz sederhana bakar sambal
2. Sekor ikan jenahak masak sweet sour
3. Sotong 1 kg goreng tepung
4. Udang besar 11 ekor goreng kunyit
5. Kerang bakar 2 set

Amacam, menyelerakan tak?? =)
(sori ar, my sis sempat amik gambar nih jer. Yg lain dia amik movie daa...)

Jadual berjalan ke zoo adalah hari Ahad pagi. Biasa la.... nak mengumpulkan semua orang bukannya senang, betul tak. Lagi sekali.. janji kul 9 pagi akhirnya dapat masuk kul 11 pagi. Cuaca pada hari ahad tu sangat panas terik. Yang paling kesian ialah si adik, Ameer Hakimi demam lepas gi zoo kerana cuaca yang amat panas. Tapi syukur alhamdulillah, Ameer sudah okay pada keesokan harinya. Nasib baik tidur malam tu dia tak meragam. Baik anak ibu nih.. Hehe



No comments: