Sunday, February 28, 2010

Anak2 Ku Yang Tersayang!!!


Sepatutnya dis weekend saya dan adik2 mengemas rumah di keramat. Malangnya, sejak tengahari Jumaat ari tuh Ameer Hakimi demam. Mlm tu demam dia makin teruk. Lepas mkn ubat ok sket pastu panas balik. Memang dia takleh tido langsung. Setiap mlm saya bawa dia ke klinik utk amik nebulizer (neb)/ gas.
Yang abang dia plak, Athif Hidayat sakit mata berjangkit dengan Paksu dia iaitu adik bongsu saya yang dah seminggu sakit mata. Dah la Athif ni memang susah nk mkn ubat. Puas memujuk dia masa nk taruk eye drop. Semua org dlm umah ambil peluang cuba pujuk dia and mcm2 kaedah tapi tak jalan.



Alhamdulillah, petang ni Ameer semakin okey. Demam dah kebah sket lepas mkn ubat demam tghari tadi. Dia pun dah semakin aktif kembali. Dh memulakan semula aktiviti percubaan merangkak dia. Hehe.... Cepat btul anak ibu ni berbanding abg dia dulu. Mungkin kerana abang dia lebih debab daripada adik dia waktu umur camnih. Semuga mlm nih semuanya okey dan leh tido ngan lena. Sok nak keje.

No comments: