Sunday, February 28, 2010

Anak2 Ku Yang Tersayang!!!


Sepatutnya dis weekend saya dan adik2 mengemas rumah di keramat. Malangnya, sejak tengahari Jumaat ari tuh Ameer Hakimi demam. Mlm tu demam dia makin teruk. Lepas mkn ubat ok sket pastu panas balik. Memang dia takleh tido langsung. Setiap mlm saya bawa dia ke klinik utk amik nebulizer (neb)/ gas.
Yang abang dia plak, Athif Hidayat sakit mata berjangkit dengan Paksu dia iaitu adik bongsu saya yang dah seminggu sakit mata. Dah la Athif ni memang susah nk mkn ubat. Puas memujuk dia masa nk taruk eye drop. Semua org dlm umah ambil peluang cuba pujuk dia and mcm2 kaedah tapi tak jalan.



Alhamdulillah, petang ni Ameer semakin okey. Demam dah kebah sket lepas mkn ubat demam tghari tadi. Dia pun dah semakin aktif kembali. Dh memulakan semula aktiviti percubaan merangkak dia. Hehe.... Cepat btul anak ibu ni berbanding abg dia dulu. Mungkin kerana abang dia lebih debab daripada adik dia waktu umur camnih. Semuga mlm nih semuanya okey dan leh tido ngan lena. Sok nak keje.

Thursday, February 25, 2010

Moving Out. Huh!


Salam semua.

Minggu ni adalah minggu yang amat memenatkan. Kami akan dok di kuaters dan rumah kami di Mentari Court, PJ akan disewakan. Kami diberitahu by 25th nih tenant tu nak masuk so, apa lagi... kelam kabut dibuatnya. Kami mula mengangkut brg2 pada 23hb tu pun tak sempat habis angkut, sambung 24hb plak. Kesian kami ni, dihalau dari rumah sendiri. huhu... :(

Okay, dipendekkan cerita. Kali ni saya bukan nak cerita pasal kisah pemindahan kami yang amat sadis (pasal pindah nanti saya akan update len kali yek), tetapi mengenai saya nak let go my preloved item iaitu katil (w/o matress). :( (lagi sekali sedih).

Ni sedikit sebyk sejarah pasal katil nih. Saya memang idamkan katil bertiang sejak sebelum kawen lagi. Siap berangan nak pasang tirai la.. mcm2 la lagi. Bila dah kawen, saya pun ajak la hubby gi kedai perabot untuk cari katil bertiang yang diidam2kan tuh. Akhirnya jumpa la. Saya beli katil ni pada bulan September 2005 dengan harga RM350 + tilam RM450. Mula2 dok ber2 okay la... skang dah ada anak rasa cam menyemak jer katil tu. Kitorg bukannya tido atas katil pun (takut anak jatuh). Yang paling paling terasa bila pindah. Ya Allah, byk nya barang yg nak kena packing dan paling seksa nak bwk turun dari tingkat 14 (ni xper lagi, ada lif) and then nak bwk naik ke tingkat 3 (naik tangga)... just imagine. Huh!!!

After discussion ngan hubby, at last dia agree utk saya jual katil ni (lagi skali diingatkan, w/o matress) walaupun sayang. Saya nak let go dgn harga RM175. Sesiapa yg berminat leh la email saya atau call or sms saya.


Tuesday, February 23, 2010

"Cutest Baby With Cute Mom by Mama_Aqish" Contest

Salam semua.

Saya masih baru dalam dunia blog ini dan ini adalah first contest yang saya join. Ini gambarnya.... Masa ni umur baby baru 2 bulan.
Nama baby: Ameer Hakimi Bin Mohamad Razif
Umur baby: 6 bulan (24 Ogos 2009)
Nama ibu: Fairussalmi Binti Abd Ghafar

Saya suka terjah blog mama_aqish kerana:
1. Byk info-info yang boleh diperolehi dan berguna
2. mama_aqish rajin update cerita terkini
3. Byk senarai blog yang boleh saya lawati
4. Layout blog yang menarik dan berwarna warni
5. Byk contest yang boleh saya join. Hehe... =)

Saturday, February 20, 2010

Penapis Air Bio Aura

Salam semua.

Pernah dengar Bio Aura? Saya pasti semua orang pernah dengar dan tahu harga dia memang mahal la jugak. Sekarang ni bukan apa, lagi2 kawasan perumahan lama.. semua orang sedia maklum dengan problem utama iaitu karat. Kat rumah mak saya ni contohnya, saya memang tak boleh langsung minum air masak kalau tak di tapis. Memang rasa pelik dan tak lalu nak minum. Alhamdulillah, adik saya pasang penapis air Bio Aura kat rumah mak dan sekarang mak saya minum air direct daripada paip dapur.

Di dalam Bio Aura ni ada teknologi Nano yang dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.
Keberkesanan Nano dalam penapis air Bio Aura adalah:
  • Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel2 badan yang sihat
  • Kandungan bio-tenaga yang berganda meningkatkan keaktifan sel2 tubuh badan
  • Molekul2 yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien
  • Membekalkan kekayaan bahan2 mineral untuk keperluan kesihatan tubuh badan
  • Sistem panapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur2 toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum
  • Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum
  • Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan
  • Nilai pH yang cenderung kepada alkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberi kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan

Ha... sumber2 ini saya perolehi daripada web Bio Aura. Kalau kawan2 tak percaya dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya, bolehla melayari web di alamat ini

http://en.hai-o.com.my/bio-aura
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan penapis air Bio Aura ini, boleh la menghubungi saya melalui email. Harga RM2,000 per unit (nego termasuk pemasangan untuk kawasan Lembah Klang sahaja) dan kalau ada yang berminat untuk join Hai-o pun leh bagitau saya. Leh menjana pendapatan lebih. Hehe....









Thursday, February 18, 2010

CNY Holiday

Yahoo.... It's back!!
Setiap kali Chinese New Year jalan raya nak balik kg mesti jam giler, kan?!

Tahun ni kami balik ke kg hubby iaitu Kg. Chenderah, Jasin, Melaka. We all planning nak ke Zoo Melaka. This holiday, mak and adik2 pun ikut sama berjalan ke Zoo Melaka. Memang dah lama teringin nak bawa anak2 gi tengok binatang. Maklumlah, dok di bandar .... lembu ngan kambing pun susah nak jumpa. Adala satu hari tu si abangnya, Athif ternampak kambing tapi dipanggilnya lembu. Haaa...... this is the right time untuk mereka didedahkan dengan binatang2 samada hidupan liar ataupun jinak.

Perjalanan pulang ke kg bermula hari Sabtu (Ya Allah, jam ya amat!) Memula ingat nk gerak kul 5 pagi (biasa ar, waktu melayu. hehehe...). Itu ini begitu begini akhirnya siap semua dah kul 10 pagi. Apabila jalan dh jam, mula ar aksi celah mencelah, potong memotong dan guna laluan kecemasan. Nasib baik sempat masuk lorong, 2 biji kereta kat depan dah kena minta sign 'surat cinta'.


Sabtu malam Ahad tu, kami dan mak serta adik2 menjamu selera makan makanan laut bakar di Alai (Crystal Bay). Fuh!!! Memang puas hati beb. Dah la makanan kat situ segar, murah plak tu. Masakannya pun sedap. Hmmm... sehingga menjilat jari. Menu kami malam tu adalah:

1. Sekor ikan pari bersaiz sederhana bakar sambal
2. Sekor ikan jenahak masak sweet sour
3. Sotong 1 kg goreng tepung
4. Udang besar 11 ekor goreng kunyit
5. Kerang bakar 2 set

Amacam, menyelerakan tak?? =)
(sori ar, my sis sempat amik gambar nih jer. Yg lain dia amik movie daa...)

Jadual berjalan ke zoo adalah hari Ahad pagi. Biasa la.... nak mengumpulkan semua orang bukannya senang, betul tak. Lagi sekali.. janji kul 9 pagi akhirnya dapat masuk kul 11 pagi. Cuaca pada hari ahad tu sangat panas terik. Yang paling kesian ialah si adik, Ameer Hakimi demam lepas gi zoo kerana cuaca yang amat panas. Tapi syukur alhamdulillah, Ameer sudah okay pada keesokan harinya. Nasib baik tidur malam tu dia tak meragam. Baik anak ibu nih.. Hehe



Tuesday, February 9, 2010

Tudung

Dalam kegawatan macam ni, mula la kepala ni dok terpikir2 macamana nak dapat income lebih. Lagi2, dok kl dengan rumah, kereta dan belanja anak.... dan macam2 lagi la.

Hmmm..... at last, dapat la idea dan kekuatan yang diperolehi daripada adik (Uda) yang bersama sama wat biznes ni. Jeng... jeng... jeng... For a start, saya jual di ofis saja. Mula2 kat department sendiri pastu department lain. Auntie2 sendiri pun dah jadi regular customer. Now, mula terfikir utk luaskan lagi perniagaan. Ni la wujudnya blog sendiri.

For your info, tudung ni semua saiz M. Saiz S, L dan XL pun ada but tak byk permintaan and the prize pun a bit different. Sapa2 yang berkenan, leh la email saya atau call untuk maklumat selanjutnya. YEAH!!!


*Nota: Harga tidak termasuk kos penghantaran. Kalau beli 2 helai dan ke atas untuk tudung kosong, harga jatuh RM25.00 setiap satu.

tdk-brown
RM28.00
***SOLD***

tdk-red

RM28.00

***SOLD***

tdk-light pinkRM28.00 (available)

tdc-giraffe pinkRM28.00

***SOLD***

tdk- light blueRM28.00 (available)

tdk-blueRM28.00

***SOLD***

tdk-light grey kotak RM28.00 (available)

tdc-yellow blue

RM30.00

***SOLD***

tdc-blue

RM30.00 (available)

tdc-black red RM30.00 (available)

tdc- pelangi

RM30.00 (available)

tdc-giraffe brown RM30.00 (available)

tdk-purple RM28.00

***SOLD***

tdk-light grey RM28.00

***SOLD***

tdk-dark brown

RM28.00

***SOLD***

tdk-cream RM28.00

***SOLD***

tdk-dark brown songket

RM28.00 (available)