"SELAMAT BERAMAL"
1. AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
2. AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman
3. AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur:
Kepada orang berpenyakit mental
4. AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit:
Sakit yang keterlaluan.
5. AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala:
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6. AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit:
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.
Thursday, February 3, 2011
Sunday, January 30, 2011
Lunch @ Secret Recipe
Hari Jumaat yang lepas saya minta adik saya teman saya untuk uruskan beberapa urusan di beberapa tempat. Penat jugak la berjalan ke sana sini, naik bas turun bas. Menunggu giliran untuk dilayan pun satu hal. Then, bila dah selesai ( tp masih ada yang lom selesai).. next destination was SOGO for our lunch. Mula-mula tak tahu nak mkn apa, adik saya menyuarakan hasrat hati dia nak makan spagetti so.... mana lagi nk pergi... SECRET RECIPE la jawabnya. Belek punya belek ternampak la satu menu ni yang agak menarik. Rasa dia pun... walllahhhh!!!
Spegetti meatball untuk adik saya.
Prawn Macaroni Cheese untuk saya pastinya. Marbeles!
Lihat sajer la cheesenya...
Complimentary cake. Saya choosed Blackforest cake. Sangat sedap.
Inilah keseluruhan meal kami for lunch that day. Apple kasturi for me and vanilla shake for my sis.
Alhamdulillah, sangat kenyang dan puas hati.
Saturday, January 29, 2011
Post Bday Athif & Pre Bday Ameer 2010
Salam semua.
Lama betul saya tak berblog yek. Minta maaf la kawan2... cerita ni pun dh lama saya simpan untuk entri saya tapi asik tertangguh sajer. Sampai dah masuk tahun baru. Citer ni bukan la menarik sgt, just saja nak jadikan sebagai kenangan anak-anak menyambut hari lahir masing-masing.
Saya nak upload gambar sambut bday anak2 kat taska diorg. Sambutannya tidaklah meriah sgt just nak meraikan bday boy dan rakan2 nya. Sambil2 tu, niat sedekah kat budak2 tu... setahun sekali apa salahnya, kan....
Anak sulung saya, Athif Hidayat sambut hari lahirnya pada 19 Jun dan adiknya Ameer Hakimi pula pada 24 Ogos. Oleh kerana saya agak sibuk dgn kelas dan kerja... tahun 2010 saya wat bday diorg sekali, means... pada hari yang sama iaitu pada 30 Julai 2010. Tengok la hasilnya...
Goodies pack ni saya order from partythemepack.com tapi without isi dalamnya tau. Tahun ni order lagi but Ameer punya jer, abang tak yah la, dh besar...
Ni officemate saya but now not anymore bcoz dia dh transfer ke pusat lain... kena mengajar la plak. Namanya Puan Rokiah Endut.. tengah saya mem'packing' goodies ni utk dihantar ke taska, dia pun mai ke cubicle saya.
Ni kek kukus untuk Ameer. Saya just tempah yang simple jer coz class baby la katakan...
Ameer and his classmate. Susah betul si adik ni nak pandang camera taw!
His face off... bday boy. He's turn 1.
Practise makes perfect. Go Ameer go.. yes! Biasala... baru dapat kaki. He's very the exciteted lorrr..
Ibu nak jugak enterprem... hheheehe
Ini bday cake Athif. Saya tempah online dari Kak Ayu Miskim. Sedap tau dan deco keknya pun cantik. Tak caya... cuba la tengok disini. Terima kasih Kak Ayu =)
Ni kat class abang lak. Leh katakan penat gak la ibu, pagi gi class adik.. petang gi class abang lak untuk sambut bday anak2 ibu berdua ni.
Athif nak tiup lilin but before that, his fren sing happy bday song.
Apa tunggu lagi... potong dan makan.
"Jemput la makan kek. Peace no war". Ni kawan Athif, namanya Budriz and panggil Bud.
Last pic @ Skool... Besar dah anak ibu sorang ni...
Setelah keletihan melayan karenah budak2 tu tadi, singgah la jap kat medan selera MJ minum petang. Mr Hubby baru nak makan tengahari.
Last but not least, this pic taken otw going back home. Letih si bday boy ni.. terus lena sepanjang perjalanan sampai la ke rumah. Si abang pun dah melayan perasaan kat seat depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)