Tuesday, August 3, 2010

Kurma Coklat Yang Sedap

Hari ni saya demam lagi. Huhu... habis satu badan sakit2 tapi terpaksa juga bangun pagi, mandikan Athif dan siapkan diri cam biasa utk gi keje. Masa turun tangga kepala dh memang miong, ting tong. Tahan jer la. Sampai ofis sejuk plak. Hembusan air-cond tu rasanya tembus ke dalam tulang dan rasa mencucuk-cucuk. Argh! Sakitnya badan ni Allah saja yang tahu. Best betul kalau ada orang nak tolong urut. Hish! Tak leh jadi cam ni. Hubby soh gi klinik, kalau betul demam doctor mesti bg mc (medical certificate) punya, katanya.

Tengok jam dah kul 9.00 pagi and perut pun dah rasa pedih2 akibat rembesan asid yang dah mula kuar. Sms hubby ajak gi minum pagi pastu nak gi klinik. Sampai jer bawah (lobi) ofis, tengok hubby tengah berborak ngan pakcik Karim (ketua guard). Saya bagi 2 sampul surat kepada hubby minta tolong dia masukkan ke dalam peti pos kat tepi jalan. Sambil2 tunggu hubby pos surat tu, tengok la ada kakak indon tengah susun kotak2 atas meja. Kat lobi MARA skang ni ada jualan, macam2 ada. Saya terpandang tulisan kat kotak tu dan saya menghampiri meja tu sebab apa yang saya baca tu macam menarik je...



Ni ar dia yang telah menarik minat saya dan telah membuka selera saya pagi ni... Chocodate (kurma bersalut coklat berinti badam). Memang sedap. Hubby pun kata sedap. Chocodate ni keluaran Yusuf Taiyub. Ni kotak paling kecil beratnya 180gram berharga RM18.00.



Ni dia paket kurma coklat yang kat dalam kotak tadi. Sebenarnya saya memang dah lama teringin nak cari kurma coklat ni sejak saya terserempak ngan seseorang yang tidak saya kenali dlm lif yang membawa kotak chocodate ni. 



Ni rupa kurma coklat, kat luar bersalut ngan coklat pastu yang color hitam tu adalah kurma dan yang tengah tu adalah badam. Tak sempat saya nak bawa balik bagi mak and adik2 rasa sebab dah habis saya distribute kat kawan2 ofis bagi rasa. Mereka semua kata sedap. Hehe.. =)
  
Sok kalau dah tak demam nak gi beli lagi ar. Kawan2 yang lom cuba meh ar beli. Sedap taw.

Ha.. berbalik kepada cerita saya ker klinik untuk mendapatkan rawatan doctor, memang sah saya demam dengan bacaan 38 darjah Celcius. Panas tu wooo.
So, doctor pun bagi la mc 1 hari jer. Jadila.. leh rehat kat umah. Dok kat ofis pun sejuk nak mam**s, menggigil dibuatnya. Ini lah dia hasil rawatan di klinik.


Kat rumah pun dah melambak ubat adik dan abang campur lagi ngan ubat ibu dan ayah. Pasni saya dah leh bukak farmasi yer kawan2. Hehe...

4 comments:

zack_blossom said...

cam sedap je pai...
sy dh la suke kurma....huhu...

wahida said...

mmg kurma coklat sgt sedap...aku pun suka..

Mrs.Eady said...

amat2 la meliurkan!!mmhh..dh la org ni mmg giler mkn coklat..tambah dgn kurma lagi sedap & bleh tmbhkn susu.hehehe...

Pai the Mrs Razif said...

zack: memang sedap. cepat gi dapatkan stock

wahida: sedapkan wak.. nyum.. nyum

izwa: betul sedap, tak tipu. jap lg gi la beli kat bawah depan bank islam. =)