Wednesday, August 4, 2010

Jalan2 Cari Makan - Nasi Ayam Mancongkam

Kali ni saya nak cerita pasal nasi ayam pulak. Nama nasi ayam ni Nasi Ayam Mancongkam. Kenapa Mancongkam? Sebab rasanya mencengkam jiwa ker? Hehe.. saya pun tak tahu. Saya dah makan nasi ayam ni sejak berkurun lamanya sejak arwah abah saya ada lagi, sejak saya sekolah lagi la senang citer. Dulu kedai dia depan umah jer.  Tengah2 makan tetiba ada orang kuar dari umah dia sebab tangga umah betul2 dekat laluan orang nak dok makan.

Arwah abah ada cerita nasi ayam ni guna minyak bijan. Waktu dulu kalau bungkus, memang byk giler, leh makan 2 orang satu bungkus nasi ayam dia tapi a bit berminyak la of course. Punyalah banyak... memang puas hati. Lagi satu sebab nama dia camtu mungkin adalah kerana nasi ayam stail minang. Bagus betullah, sampai sekarang perniagaan dia masih bertahan samapi sekarang malah dah makin maju dan ada improvement.


Ni dia rupa kedai dari depan. Memang banyak improvement dari segi signboard, susun atur meja dan kerusi serta perhiasan. Bukan tu sajer, waiter dan waitressnya pun mengenakan uniform (xder la uniform sgt, just t-shirt yang seragam ada printed nama Mancongkam.


Ni la rupa ruang makan dia. Susun atur lebih teratur dan agak selesa berbanding dulu yang sempit. Maklumlah, depan rumah jer.




Ni nasi ayam saya dan hubby. Masa ni kitorang having dinner sementara anak2 kat umah mak dijaga oleh adik2. Akhirnya, dapat gak berdating walaupun sekejap. Hehe.. =)


Ni resit dia. Saya tak reti la nak explain kat maner tempatnya tapi ni ada alamatnya. Kalau kawan2 nak cuba leh la cari yek. Senang jer, betul2 tepi jalan dan leh nampak signboard dia.

5 comments:

Softtouch [Hanim] said...

walaupun sya org gombak saya rase sy xpernah makan nasi ayam nie..dkt ngan masjid batu 4 tu kan..nak cubelah nasi ni..sana sini org ckp pasal nasi ayam nie..Sy yg asal gombak ni boleh buat xtau jer..

Mrs.Eady said...

ni yg malas nk tgk blog mkn2 nie..lapar jadi nyerrrrrr....hehehehehehee.......nk kene try ni!

shakroz said...

aku dh try dah..bulan lepas.. terasa la jugak cengkomanyer...tapi ader org ckp makan time siang lagi sedap sbb ayam dia panas skit..malam ayam dia sejuk..hahahha...

Pai the Mrs Razif said...

hanim: la... awk org gombak ker? umah mak saya kat tmn dato senu,sentul. dekat jer.. =)

izwa: tengok org la dik. mesti la nak citer bab makan baru buka selera walaupun kpai xder selera skang ni. huhu.. harus cuba taw.

lim: aku mkn malam sama jer panas. tipu yek?!

Momma Mia said...

a'ahh memang mencongkam jiwa & raga bila makan... ahaks.. nih kedai dekat dgn pasar moden gombak... me slalu lalu depan kedai ni bila mau balik umah mak kat gombak setia