Monday, August 9, 2010

Maafkan Saya...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.......

Assalammualaikum....


 Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:  



* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;


* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.  


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita


bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah


Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF   jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengajakan mahupun yang disengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,   insyaallah.

 Maafkan saya..

 Ikhlas..

Friday, August 6, 2010

Pening Kepala Yang Melanda

Tak tahula apa yang tak kena dengan kepala saya hari ni. Sebenarnya kepala ni dh memang pening sejak dari petang semalam bawak sampai ke hari ni peningnya. Nak kata salah makan tak tahu plak amende yang saya makan sebab kurang makan pun. Tekak ni tak sedap sejak demam dan pahit jer rasanya semua makanan yang masuk. Ditelankan je sebab lapar punya pasal. 

Saya tak suka la bila keadaan camni. Nak layan anak2 pun tak syok woo... Harap2 keadaan ni tak berlarutan sampai besok sebab sokkan hari cuti, byk kerja rumah nak kena wat. Kalau pening lagi alamatnya baring jer la sok. 

Yang kelakarnya ada diantara kwn ofis saya yang kata saya peknen. Mustahil.. mustahil. Sebabnya saya tak pernah miss amik injection dan lagi plak saya baru lepas period. Nanti2 la dulu nak bagi Ameer dan Athif adik.. :D

Okay kawan2, doakan kesihatan saya beransur pulih yek untuk hari mendatang. Amin.

Thursday, August 5, 2010

"CONTEST - Teka KG??"



Saya sajer suker2 nak masuk contest ni sebab Erfan ni sebaya ngan anak kedua saya tapi baby saya ni lahir pada 24 Ogos 2009. (Dah nak setahun rupanya adik yek). Kawan2 lain  pun leh la join contest meneka kg Erfan ni. Meh klik SINI.

Dengan ini saya meneka berat Erfan pada 31st August 2010 ni 10.345kg. (Harap2 mengena la yek)  =)

Wednesday, August 4, 2010

Jalan2 Cari Makan - Nasi Ayam Mancongkam

Kali ni saya nak cerita pasal nasi ayam pulak. Nama nasi ayam ni Nasi Ayam Mancongkam. Kenapa Mancongkam? Sebab rasanya mencengkam jiwa ker? Hehe.. saya pun tak tahu. Saya dah makan nasi ayam ni sejak berkurun lamanya sejak arwah abah saya ada lagi, sejak saya sekolah lagi la senang citer. Dulu kedai dia depan umah jer.  Tengah2 makan tetiba ada orang kuar dari umah dia sebab tangga umah betul2 dekat laluan orang nak dok makan.

Arwah abah ada cerita nasi ayam ni guna minyak bijan. Waktu dulu kalau bungkus, memang byk giler, leh makan 2 orang satu bungkus nasi ayam dia tapi a bit berminyak la of course. Punyalah banyak... memang puas hati. Lagi satu sebab nama dia camtu mungkin adalah kerana nasi ayam stail minang. Bagus betullah, sampai sekarang perniagaan dia masih bertahan samapi sekarang malah dah makin maju dan ada improvement.


Ni dia rupa kedai dari depan. Memang banyak improvement dari segi signboard, susun atur meja dan kerusi serta perhiasan. Bukan tu sajer, waiter dan waitressnya pun mengenakan uniform (xder la uniform sgt, just t-shirt yang seragam ada printed nama Mancongkam.


Ni la rupa ruang makan dia. Susun atur lebih teratur dan agak selesa berbanding dulu yang sempit. Maklumlah, depan rumah jer.




Ni nasi ayam saya dan hubby. Masa ni kitorang having dinner sementara anak2 kat umah mak dijaga oleh adik2. Akhirnya, dapat gak berdating walaupun sekejap. Hehe.. =)


Ni resit dia. Saya tak reti la nak explain kat maner tempatnya tapi ni ada alamatnya. Kalau kawan2 nak cuba leh la cari yek. Senang jer, betul2 tepi jalan dan leh nampak signboard dia.

Tuesday, August 3, 2010

Kurma Coklat Yang Sedap

Hari ni saya demam lagi. Huhu... habis satu badan sakit2 tapi terpaksa juga bangun pagi, mandikan Athif dan siapkan diri cam biasa utk gi keje. Masa turun tangga kepala dh memang miong, ting tong. Tahan jer la. Sampai ofis sejuk plak. Hembusan air-cond tu rasanya tembus ke dalam tulang dan rasa mencucuk-cucuk. Argh! Sakitnya badan ni Allah saja yang tahu. Best betul kalau ada orang nak tolong urut. Hish! Tak leh jadi cam ni. Hubby soh gi klinik, kalau betul demam doctor mesti bg mc (medical certificate) punya, katanya.

Tengok jam dah kul 9.00 pagi and perut pun dah rasa pedih2 akibat rembesan asid yang dah mula kuar. Sms hubby ajak gi minum pagi pastu nak gi klinik. Sampai jer bawah (lobi) ofis, tengok hubby tengah berborak ngan pakcik Karim (ketua guard). Saya bagi 2 sampul surat kepada hubby minta tolong dia masukkan ke dalam peti pos kat tepi jalan. Sambil2 tunggu hubby pos surat tu, tengok la ada kakak indon tengah susun kotak2 atas meja. Kat lobi MARA skang ni ada jualan, macam2 ada. Saya terpandang tulisan kat kotak tu dan saya menghampiri meja tu sebab apa yang saya baca tu macam menarik je...



Ni ar dia yang telah menarik minat saya dan telah membuka selera saya pagi ni... Chocodate (kurma bersalut coklat berinti badam). Memang sedap. Hubby pun kata sedap. Chocodate ni keluaran Yusuf Taiyub. Ni kotak paling kecil beratnya 180gram berharga RM18.00.



Ni dia paket kurma coklat yang kat dalam kotak tadi. Sebenarnya saya memang dah lama teringin nak cari kurma coklat ni sejak saya terserempak ngan seseorang yang tidak saya kenali dlm lif yang membawa kotak chocodate ni. 



Ni rupa kurma coklat, kat luar bersalut ngan coklat pastu yang color hitam tu adalah kurma dan yang tengah tu adalah badam. Tak sempat saya nak bawa balik bagi mak and adik2 rasa sebab dah habis saya distribute kat kawan2 ofis bagi rasa. Mereka semua kata sedap. Hehe.. =)
  
Sok kalau dah tak demam nak gi beli lagi ar. Kawan2 yang lom cuba meh ar beli. Sedap taw.

Ha.. berbalik kepada cerita saya ker klinik untuk mendapatkan rawatan doctor, memang sah saya demam dengan bacaan 38 darjah Celcius. Panas tu wooo.
So, doctor pun bagi la mc 1 hari jer. Jadila.. leh rehat kat umah. Dok kat ofis pun sejuk nak mam**s, menggigil dibuatnya. Ini lah dia hasil rawatan di klinik.


Kat rumah pun dah melambak ubat adik dan abang campur lagi ngan ubat ibu dan ayah. Pasni saya dah leh bukak farmasi yer kawan2. Hehe...

Sunday, August 1, 2010

Mutiara Kata Di Hari Isnin

Hidup memerlukan pengorbanan....

Pengorbanan memerlukan perjuangan....

Perjuangan memerlukan ketabahan....

Ketabahan memerlukan keyakinan....

Keyakinan pula menentukan kejayaan....

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.........