Thursday, April 29, 2010

Memakai Byk Pewangi Tanda Kemurungan (Tertekan)

Salam semua dan selamat petang.

Dah nak time balik ni tetiba plak nak wat entry ni. Ni sumer berpunca daripada officemate yg jual pati perfume (mcm One Drop Perfume tu) tadi. Sebenarnya saya nak cari info yang lain pasal perfume tapi tetiba jumpa lak yang ni. Hmmm... menarik gak untuk dikongsi dengan kengkawan yang dikasihi. =)

Slalu time petang2 camni mesti akan ada org yg menyembur perfume sebelum balik baik dah kawen atau lom kawen. Ha, mula la hidung ni nak bersin ajer. Lebih kurang cam gini ar tulisannya....

LONDON: Penyelidik yang menjalankan kajian mengenai pewangi memberi amaran kepada wanita yang meminati pewangi kerana penggunaan terlalu banyak bahan itu adalah antara tanda mereka sedang mengalami kemurungan. Penyelidik berkenaan mendapati wanita yang memakai pewangi berbau kuat adalah mereka yang secara klinikal, sedang menghadapi kemurungan berikutan semakin tidak sensitif terhadap bau, kata akhbar The Daily Telegraph, kelmarin. “Penemuan saintifik kami juga mendapati wanita yang murung juga menghadapi masalah kurang daya bau dan cuba mengatasinya dengan menggunakan lebih banyak pewangi,” kata ketua penyelidik itu Profesor Yehuda Shoenfeld.
Beliau berkata, sesetengah penyakit menyebabkan tubuh menyerang sistem olfaktori dan mengakibatkan ia gagal mengesan bau. “Keadaan ini bermakna kekurangan deria bau mungkin menjadi isyarat kepada penyakit lain yang lebih serius,” katanya. Shoenfeld berkata, kemurungan mungkin berpunca daripada masalah biologi berbanding psikologi.

So, kengkawan sumer. Berpada-padalah bila memakai wangian tu yer. Jgn ter'over' lak nanti org kata kita tertekan plak. Hehe....

No comments: