Thursday, April 29, 2010

Memakai Byk Pewangi Tanda Kemurungan (Tertekan)

Salam semua dan selamat petang.

Dah nak time balik ni tetiba plak nak wat entry ni. Ni sumer berpunca daripada officemate yg jual pati perfume (mcm One Drop Perfume tu) tadi. Sebenarnya saya nak cari info yang lain pasal perfume tapi tetiba jumpa lak yang ni. Hmmm... menarik gak untuk dikongsi dengan kengkawan yang dikasihi. =)

Slalu time petang2 camni mesti akan ada org yg menyembur perfume sebelum balik baik dah kawen atau lom kawen. Ha, mula la hidung ni nak bersin ajer. Lebih kurang cam gini ar tulisannya....

LONDON: Penyelidik yang menjalankan kajian mengenai pewangi memberi amaran kepada wanita yang meminati pewangi kerana penggunaan terlalu banyak bahan itu adalah antara tanda mereka sedang mengalami kemurungan. Penyelidik berkenaan mendapati wanita yang memakai pewangi berbau kuat adalah mereka yang secara klinikal, sedang menghadapi kemurungan berikutan semakin tidak sensitif terhadap bau, kata akhbar The Daily Telegraph, kelmarin. “Penemuan saintifik kami juga mendapati wanita yang murung juga menghadapi masalah kurang daya bau dan cuba mengatasinya dengan menggunakan lebih banyak pewangi,” kata ketua penyelidik itu Profesor Yehuda Shoenfeld.
Beliau berkata, sesetengah penyakit menyebabkan tubuh menyerang sistem olfaktori dan mengakibatkan ia gagal mengesan bau. “Keadaan ini bermakna kekurangan deria bau mungkin menjadi isyarat kepada penyakit lain yang lebih serius,” katanya. Shoenfeld berkata, kemurungan mungkin berpunca daripada masalah biologi berbanding psikologi.

So, kengkawan sumer. Berpada-padalah bila memakai wangian tu yer. Jgn ter'over' lak nanti org kata kita tertekan plak. Hehe....

Monday, April 26, 2010

Berjanji


Ni kisah ibu yang berjanji kepada anak sulungnya untuk dibawa ke Pusat Karaoke pada hari Sabtu lepas. Hehe... Saya siap tanya pada Athif nak nyanyi lagu apa dan dia bagitau nak nyanyi lagu Paksu Aizat, Kau Pergi. Planning asal nk ke Wangsa Walk sebab tempat baru dan adik serta kawan2 saya kata best gak tempat tu.

Malangnya, janji tak dapat dipenuhi kerana mak saya nak balik ke kg halaman untuk melawat atuk yang tinggal berdua sahaja, lagipun dah lama tak menjenguk diorang. Mak saya siap merajuk lagi kata nak beli kete baru sebab anak2 sume buzy takleh nak bawak dia lik kg.

Pada malam ahad sedang saya mahu menidurkan anak kedua, tetiba terkeluarla soklan daripada mulut anak sulung saya... Lebih kurang camni la dialognya :

Anak : "Ibu, semalam tak nyanyi ye lagu Paksu Kau Pergi?"
Ibu : (terkedu sekejap) " Ha? Ooo, tak la Athif." sambil tersenyup dan mengusap kepala anaknya.

Selepas kejadian malam itu, saya buat planning baru minggu hadapan untk membawa family dan adik2 berkaraoke.


**Bdk2 zaman skang ni cerdik2 kan... Apa yang kita janji mesti ingat punya. :)

Tuesday, April 13, 2010

Mid Exam


Exam lagi. Rasanya cam baru jer mula belajar sem ni, dah nak kena hadapi exam lagi. Aduyai.... cam ni la kalau dah namanya student, kan!
Saya pun tak sempat nak update blog ni. Kepala ni pun dah serabut ngan kejer kat ofis lagi, nak baca buku lagi and the most important is my beloved family. Mmuuaaahhhhh........ Ini memang cannot diabaikan, tau. Cian anak2 ibu semua. Nanti ibu abis exam kita gi jenjalan yea. :)
Kat ofis lak skang ni masing2 tengah struggle mengemas cubicle masing2 dan menerapkan amalan 5S. Leh ker nak dpt persijilan by june nih? Hmm... just wait and see. My cubicle pun tak dikemaskan lagik.
Takpe.. takpe.... tu citer ofis. Yang penting skang ni ialah baca buku. Jap lagi ada paper & another paper (last one, yahoooo...) is on next monday, 19th. Ha, ni bila lak nak study???