Wednesday, March 24, 2010

Minggu SAkit!

Salam semua...

Dah lama tak bersiaran dan skang nk citer pasal minggu sakit sedunia family saya. Huhu..... Semalam saya baru start kejer semula setelah mendapat cuti sakit daripada Doctor yg bertauliah. =)

Mula2 Mr. Hubby dearie berjangkit sakit mata drpd adik bongsu saya yg sedang bercuti sakit sudah hampir 3 minggu dan diikuti pula oleh anak sulung saya, Athif. Selang 2 hari pula, Mr. Hubby diserang demam dan chiken pox. Setelah dia meminum air kelapa lagi la teruk chiken pox tu kuar. Habis satu muka dan seluruh anggota badan penuh dengan chiken pox tuh. Selang beberapa hari lagi, anak sulung saya, Athif pula yg diserang penyakit chiken pox. Huhu... cian dia. Nasib baik tak seteruk ayahnya. Saya dengan penuh harapan berdoa kpd Allah supaya sihatkan tubuh bdn ini utk menjaga mereka.

Tak lama lepas tu, anak kedua saya, Ameer dapat sakit mata (merah). 2 hari lepas tuh, hehe...... saya plak yg sakit mata. Sepanjang minggu tu (nak masuk 2 minggu jugak la) kitorg jadi org sakit dlm umah tu.. :-

1. Mr. Hubby yang sakit mata (mula2 sebelah, skang dh dua2 belah)+demam+chiken pox
2. Saya yang sakit mata (sebelah sajer)
3. Athif yang kena chiken pox (nasib baik sakit mata dah baik sblm tu)
4. Ameer yang sakit mata (sebelah jer)

Sekarang semua dh sihat (alhamdulillah) melainkan Mr. Hubby yg diberi cuti sakit oleh HKL selama 1 minggu lagi dan Athif pula, Doctor masih tak benarkan dia utk pergi school sehingga hujung minggu nih. Mata saya nih masih pedih2 lagi tp selagi Doctor tak bg MC, kejer jer la, yek.

Gambar Mr. Hubby, Athif & Ameer memang ada tp nanti2 la saya upload. K, jumpa lagik!

Sunday, March 7, 2010

"Baby with Eyes Glasses Cutest Contest"

Salam.

Kepada kawan2 dan sesiapa yang ingin join contest ni, silalah clik sini. Inilah gambar anak sulung saya yang dipertaruhkan. Hehe...



Maklumat tentang anak sulung saya ini...
Nama: Athif Hidayat Bin Mohamad Razif
Umur: 3 tahun 9 bulan
Tarikh lahir: 19 Jun 2006



Ini pula gambar anak kedua saya.
Nama: Ameer Hakimi Bin Mohamad Razif
Umur: 6 bulan 6 hari
Tarikh lahir: 24 Ogos 2009

Nama ibunya ialah Fairussalmi Binti Abd Ghafar
Email: ibuathif@gmail.com

Saturday, March 6, 2010

10 Rahsia Menjadi Isteri Yg Baik



Ini tips bg para istri yg nak jadi istri yg baik di samping suami trchenta. Ini pun sy dpt drp Mingguan Wanita keluaran Feb 2010 (adik sy yg preggy yg beli).

Sementara anak tgh tido, sy mula ar menaip sket2 smpai habis yek. Tips2 dia adalah seperti berikut:

1. HORMATI SUAMI
Sebuah hubungan ibarat sebuah pemerintahan hnya ada pemimpin dan pengikut. Kaum lelaki/ suami biasanya menjadi pemimpin dan istri sbg pengikut dgn haknya yg sndri. Bkn maksud mengenepikn peranan wanita namun bitulah hieraki yg ada dimsykt.
Suami sbg pemimpin sdh tentu ingin dirinya dihormati dan wanita sbg pengikut harus
dihargai. Justeru, hormatilah dirinya jika anda mahu dihargai.

2. PRIHATIN PD PERASAAN
Pekalah dgn perasaan suami dan peranan anda sendiri. Tatkala suami brwajah sedih anda harus tahu itu juga menggambarkan perasaannya. Jgn menambah kesedihan yg ada sebaliknya cuba hiburkan hatinya dgn layanan dan senyuman manis anda.
Peka juga dgn perasaan sndiri. Jgn biar perasaan -ve membelenggu diri anda. Jgn rasionalisasi perasaan -ve. Jika anda berasa tdk sedap hati/ kurang setuju trhdp sesuatu perkara jgn teruskan. Hormati diri anda sndiri.

3. JAGA TUBUH BADAN
Atas alasan sibuk dgn kerjaya dan menguruskan rumah tangga, ramai wanita lupa mnjaga tubuh sndiri. Kulit wajah dibiarkan brminyak, rambut x brsikat dan ada yg melengahkan utk mandi hingga menjelang tengahari. Semua ini pula dilakukan di hdpn suami. Bygkan saja jika anda seorg lelaki, adakah anda tertarik dgn penampilan wanita sebegini.
Oleh itu, belajarlah merapikan diri terutama sekali saat suami ada brsama di sisi. Kenakan pakaian yg bersih, jaga kulit wajah anda agar sihat dan tampak brseri.Jgn lupa jaga bentuk badan anda. Jgn sesekeali biarkan suami menegur bentuk tubuh anda yg semakin membesar. Anda mungkin x menyedari bahawa suami menilai apa yg ingin mereka sentuh.

4. SENTIASA BERKOMUNIKASI
Belajarlah utk berkomunikasi dgn baik. Biarkan suami tahu apa yg anda suka dan yg tidak anda sukai. Belajar juga utk memahami apa yg suami mahudan apa yg suami mahu anda lakukan utk dirinya.
Beranikan diri utk meluahkan apa yg anda rasai krn ia adalah petua utk melancarkan sebuah prhubungan. Ingat bhw lelaki tiada kuasa yg blh membaca hati fikiran istrinya sekaligus mengetahui apa yg anda inginkan.Oleh itu, luahkan dan brkomunikasilah dgn dirinya.

5. JGN TOLAK PRMINTAAN SEKS
Semua istri harus tahu bhw seks itu adalah antara keperluan utama seorg lelaki.Oleh itu jgn menolak bila suami memberi petanda mahukan seks. Paling kurang anda perlu memenuhi keinginannya sekali dlm seminggu. Mengabaikan kehidupan seks bererti anda menghancurkan hubungan batin suami istri.
Seorg istri juga harus berani utk memulakan perhubungan intim. Pelajari juga teknik2 yg memberi lebih kepuasan kpd suami agar si dia tahu kelebihan anda.

6. JADI TEMAN BERBUAL
Luangkan masa utk berbual dgn suami paling kurang 15 minit sehari utk mengetahui prkembangan dan juga memberitahu situasi anda mahupun anak2.Berbicaralah tentang perasaan anda pada hari tersebut dan apa yg tlh anda lakukan sepanjang hari dan segala hal yg berkaitan dgn anda dan suami. Prkahwinan itu satu perkongsian juga apa perasaan anda ketika berbual dgn suami.

7. MENILAI DIRI
Setiap kali anda melakukan sesuatu, maka berikan penilaiannya. Nilai juga layanan dan sikap anda trhdp suami. Jujurlah pada diri sndri semasa membuat penilaian ini. Perbaiki jika anda rasakan masih ada kelemahan. Tidak salah juga kalau anda sndri meminta pndangan drp suami tentang layanan anda kepada dirinya.Tanyakan apa yg lebih dan apa yg kurang agar anda dpt memperbaiki diri.

8. MENJAGA AMANAH SUAMI
Amanah ini bukan saja harta benda milik suami tapi yg lebih utama anak hasil zuriat brsama dgnnya. Urus anak sebaik mungkin dan berikanlah didikan adab sopan yg sepatutnya. Seorg suami pastinya berasa bangga dan bahagia memiliki istri yg mampu mendidik anak menjadi seorg yg bersopan dan baik tingkah lakunya.

9. BELAJAR MENGHARGAI
Suami perlu dihargai terutamanya atas penat lelah dirinya menyara keluarga.Oleh itu buat dirinya rasa dihargai. Caranya? Boleh saja dgn memberi layanan trbaik, mengingati hari penting dlm hidupnya, memberikn hadiah/ kejutan. Atau paling mudah dgn meluahkannya dlm bentuk kata2. Pujilah suami atas usahanya memberi keselesaan kpd keluarga dan ucapkan terima kasih atas segala yg tlh dilakukan utk membahagiakan anda.

10.PATUH PADA AGAMA
Walau seribu tips menjadi istri yg baik tidak akan berguna jika istri itu tidak berpegang pada agama. Jauhi segala larangan dan taatlah kpd perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sndri meminta kaum lelaki memilih calon istri dari kalangan mereka yg patuh pada agama.

So, kawan2... apa pandangan anda terhdp tips2 tersebut? =)

Sararisa Giveaway 2010



Kawan2! Mari lah kita beramai2 join sararisa giveaway 2010.

"ATIQAH SWEET GIVEAWAY"



"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"

Wednesday, March 3, 2010

Athif Oh! Athif vs Ameer Oh! Ameer

Sekarang ni cuaca panas terik, ptg lak hujan. Memang leh demam dibuatnya. Tak sesuai nak bwk anak2 kuar brjalan2. Dalam tempoh 2 minggu ni merupakan minggu sakit bagi family saya. Saya dh citer pasal si adik, Ameer demam hari tuh kan?!

Hari Sabtu lepas saya tengok mata si abang, Athif dh lain mcm jer. Memang sah dia dh berjangkit sakit mata drpd Paksu dia. Adik saya memang tgh bercuti sakit sbb sakit mata. Athif ni dah la susah nk mkn ubat. Si ibu ni puas terjerit2 memanggil si abg soh mkn ubat. Mlm tadi sempat la saya abadikan gambar mata Athif yg sakit tuh tapi ni pun dah kurang bengkak dan merahnya.



Haaa..... ni citer pasal adik plak, Ameer. Kali ni bukan pasal demam lagi tp dia kena campak. Tengahari hari Selasa aritu saya dh perasan dahi dia penuh dgn bintik2 merah masa kat taska. Ingat gatal2 biasa... maklumla dia skang tengah lasak baru belajar nak merangkak (disondol2 nya lantai, kan berabuk dan kotor). Petang bila amik dia dr school, tengok satu muka dia dah penug dgn bintik2 merah. Sekali selak baju dia... haa.... tu dia, satu badan dah merebak. Cian dia, mesti gatalkan. Patut la tgk dia dh pandai pegang kepala dan dahi dia mcm nk garu.



Mlm tuh juga saya bwk kedua2 anak saya ke Pusrawi Jln Tun Razak utk mendptkan rawatan dan ingin memastikan yg Ameer betul ke kena campak. Memang sah la Ameer kena campak tapi nasib baik x demam. Mak kata hari yg dia demam tuh agaknya nk kuarkan campak. So, bermakna ibu kena la amik cuti nak jaga dua2 anak ibu nih sebab dua2 penyakit yang anak ibu kena ni berjangkit. Jangan lepas ni ibu plak yg sakit mata dan kena campak sudah. Siapa yg nak jaga ibu nanti yek??? ;)

Monday, March 1, 2010

Moving Out. Huh! (Part II)

Okey guys. Saya nak sambung citer pasal pindah ni. Eerm... how to begin yek?!Sepatutnya kami pindah awal bulan Feb tp oleh kerana pihak pengurusan kuarters tak setel lagi repair rumah tu so, tertangguh la. Lagi pun brg2 tak habis packing lagik.
Masa hari nk pindah, lori janji dtg lepas maghrib. Tetiba dlm kul 8 tu dia kol gtau dtg lepas isyak. Okey la. Then, janji minta lori 5 tan sbb brg kitorg sgt byk tapi yang sampai lori 1 tan 2 biji bwk sorg satu yang tiba kul 9.30 mlm. Maknanya takde org nak loading brg naik lori ar. Takpe ar, kitorg bwk dulu brg2 turun. Pasal muat tak muat tu pandai2 la nanti. Masa ni hubby saya dh hangin la jugak. Ni jenis tak paham bahasa.



Mlm tu yg tolong hanya lah adik lelaki saya bersama 2 org kwnnya, hubby, dan adik perempuan saya yg menolong packing mana2 yg belum siap dlm rumah. Betul tekaan saya yg lori tu tak muat. So, nk bagi muat jugak... susun la semula dan memang brg2 tu abis ditolak2, dihimpap2 supaya nak bagi muat jugak. Takkan nak 2 round beb. Jauh tu dari Sunway ke Keramat. Siap masuk brg dlm lori dah kul 2.30. Bayangkan ar kitorg semua lum mkn mlm lagi. Balik tu, saya dan adik pompuan saya terus menuju ke kedai mkn. Sampai umah kul 3.30, Ameer tak tido lagi. Dia memang susah nak lelap kalu tak dapat "bergantung" ngan ibu dia ni. Hehehe....

Bab mengangkut brg naik rumah kuarters di Keramat lak, hanya 2 org jer iaitu hubby saya dan kwnnya yg keje TNB, tinggal pun area situ gak. Kwn adik saya dah 'tamat kontrak' sebab masing2 keje pagi sok. Sian diorg. Bayang kan la 2 org yang gagah perkasa tu nk angkut semua brg naik tingkat 3 guna tangga (no lif).Dlm kul 6 pagi saya menerima sms dari hubby yang berbunyi "Penat gila ni. Rasa cam nak mati." After few second, hubby call and gtau dia dh nak stop, brg yg besar dh angkut atas tapi brg2 yg kecil dia gamble tinggalkan kat bwh. Tawakal jer la. Kalu ada org nk curi, hilang la.(Katanya)

We decide the next day tu have to cuti gak sebab nak setel brg2 yang hubby tinggal kat bwh semalam dan dengan harapan yg menggunung supaya brg2 tu tak hilang. Alhamdulillah, semua brg masih ada di tempatnya. Bermula la operasi di keramat pulak. Kami bergilir2 angkut brg naik sampai tingkat 3. Fuh!! Mcm lari keliling padang bola rasanya. Otot2 kaki pun dh mula sengal. Maklumla dah lama meninggalkan zaman kegemilangan bersukan masa skolah dulu. =)Ha! Mcm ni ar rupa rumah keramat yang masih belum berkemas. (Bila nak setel mengemas nih?) Buat masa skang, stay umah mak lagik. Huhu...



Tapikan, bila buat audit trhadap brg2 tu kan, memang saya tak puas hati. Meja mkn habis bercalar (bengkek dah hati nih), cermin muka dlm almari baju retak dan sumpik (lagi bengkek tak terkata), majoriti kotak koyak2... pendek kata memang tak puas hati dan sakit hati. Moral of the story, len kali nk pindah guna khidmat mover profesional. Wakaka... padan muka sendirik.

Okey la. Stakat ni jer citer saya pasal pindah rumah hari tu. Sadis kan?! Gambar di bawah ni adalah sebagai hiasan. Adik saya snap gambar Ameer masa dia tengah landing atas toto kat dlm master bedroom umah keramat while me and hubby loading brg2 ke atas rumah. Huh!!!